awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelajar Malaysia terlibat rusuhan di Indonesia - Zambry

Bernama
Bernama
02/09/2025
05:59 MYT
Tiada pelajar Malaysia terlibat rusuhan di Indonesia - Zambry
Zambry (foto) yakin pemerintah Indonesia akan mengawal keadaan dan berharap negara itu kembali aman demi kebaikan serantau. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam demonstrasi atau rusuhan di beberapa wilayah di Indonesia setakat ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ringkasan AI
  • Tiada pelajar Malaysia dilaporkan terlibat dalam demonstrasi atau rusuhan di Indonesia setakat ini, menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
  • Education Malaysia (EM) di Indonesia menjalankan pemantauan berterusan dan menasihatkan pelajar agar menjauhi kawasan rusuhan.
  • Zambry yakin pemerintah Indonesia akan mengawal keadaan dan berharap negara itu kembali aman demi kebaikan serantau.

Beliau berkata pihaknya melalui pejabat Education Malaysia (EM) di Indonesia sentiasa menjalankan pemantauan rapi dan berterusan dengan kerjasama erat Wisma Putra bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia.
"Kita ada lebih 1,200 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Indonesia. Alhamdulillah, setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan berkaitan pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian tersebut.
"Namun kita terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa kerana kesannya bukan hanya di Jakarta, tetapi turut melibatkan kawasan lain di Indonesia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Zambry menghadiri pelancaran Institut Pengajian Antarabangsa dan ASEAN (IINTAS) di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).
Beliau berkata pihak EM juga sentiasa berhubung dengan pelajar untuk memberi maklumat terkini dan menasihatkan mereka agar menjauhi kawasan terlibat dengan rusuhan.
Pelajar Malaysia di sana, menurut beliau tidak hanya tertumpu di Jakarta tetapi turut berada di kawasan lain seperti Sumatera, Pulau Jawa dan wilayah lain.
Dalam pada itu, Zambry menyatakan keyakinan pemerintah Indonesia akan mengambil segala langkah perlu untuk mengawal dan mengelak situasi itu daripada terus berpanjangan.
"Kita mendoakan agar Indonesia kembali aman dan tenteram kerana kestabilan di sana membawa kebaikan kepada negara jiran termasuk Malaysia," katanya.
Ribuan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di Jakarta dan beberapa bandar utama sejak minggu lepas bagi menyuarakan tuntutan politik dan ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Zambry Abdul Kadir
#Wisma Putra
#demonstrasi atau rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan