KUALA LUMPUR: Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 terus menyala selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.
Gol kemenangan skuad Harimau Malaya di Stadium Al Maktoum dijaringkan pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan untuk membantu pasukan mencatat kemenangan kedua ke atas skuad bimbingan Akira Nishino pada kempen itu.
Kejayaan membenam Thailand membolehkan Malaysia merampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang itu dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.
Keputusan itu turut menyaksikan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe meraih kemenangan keduanya ke atas Thailand, selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat pertemuan kedua-dua pasukan sejak mula menggalas tugas pada Disember 2017.
Pada perlawanan 'hidup mati' itu, kedua-dua pasukan yang memburu kemenangan pertama sejak kempen kelayakan itu bersambung melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama masing-masing sebagai menyuntik nafas baharu dalam pasukan bagi memburu tiga mata berharga.
Dalam 10 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kekuatan benteng pertahanan masing-masing dengan pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan pemain tengah Thailand Thanawat Suengchitthawon mempunyai peluang terbaik membuka tirai jaringan.
Kelincahan Muhammad Akhyar memaksa pasukan lawan bekerja keras apabila pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berjaya melepasi perangkap ofsaid dan hampir meledak gol pembukaan pada minit ke-18, namun gagal menemui sentuhan penyudah dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol lawan.
Malaysia terus tampil dengan percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang naturalisasi Guilherme De Paula yang tepat ke Chatchai Bootprom pada minit ke-22 sebelum penjaga gol itu sekali lagi cemerlang menyelamatkan tandukan kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak lima minit kemudian.
Bagaimanapun, Thailand, yang menduduki ranking ke-106, sesekali turut melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara menerusi gerakan efektif mereka dengan Thanawat kempunan meletakkan pasukan di hadapan selepas rembatannya pada minit ke-40 sedikit melewati palang gol negara.
Kebuntuan dalam menjaringkan gol memaksa Cheng Hoe membawa masuk Muhammad Safawi dan Muhammad Syafiq Ahmad pada babak kedua sebelum percaturan itu membuahkan hasil apabila diberikan sepakan penalti selepas Muhammad Safawi dikasari pemain pertahanan Ernesto.
Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu tenang menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan meskipun rembatan kaki kirinya dapat dibaca Chatchai, namun gagal menangkap kemas bola.
Tersentak dengan jaringan itu, Thailand bangkit memperkemaskan permainan sebelum hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Thitiphan Puangjan pada minit ke-55 yang hanya menggegar palang.
Malaysia berpeluang menambah jaringan pada minit ke-66 untuk menambah derita Thailand tetapi rembatan deras De Paula melambung tinggi, selain Thailand turut menggandakan asakan dalam usaha mengubah kedudukan namun buntu menemui penyudah sehingga wisel penamat.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE menamatkan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan Vietnam dalam kempen kelayakan dengan kemenangan 3-2 di Stadium Zabeel.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen kelayakan di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan mengumpul 12 mata di belakang juara UAE (18 mata) diikuti Vietnam kedua (17 mata) sementara Thailand keempat (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan mengutip satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
Safawi Rasid (kiri) menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan dalam aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand di Dubai, UAE, awal pagi ini. - Facebook FAM
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.