awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia benam Afrika Selatan

Syamil Izwan Azizan
Syamil Izwan Azizan
30/06/2013
23:30 MYT
Malaysia benam Afrika Selatan
Skuad negara melakar kemenangan sulung dalam Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia apabila mengatasi Afrika Selatan 6-4 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.
Selepas kecewa diikat Pakistan pada perlawanan pertama, Malaysia di bawah kendalian Paul Revington tampil dengan aksi lebih bertenaga.
Faizal Saari meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-4 permainan.
11 minit berselang, Razie Rahim membuktikan ketajaman penyudah dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk gol kedua.
Afrika Selatan bagaimanapun membalas dan merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti Jethro Eustice.
Bersambung selepas rehat, Afrika Selatan semakin meningkatkan asakan ke kubu Malaysia.
Hasilnya jaringan Wade Patton menyaksikan kedudukan terikat 2-2.
Namun Malaysia kembali di depan pada minit ke-46 apabila Razie sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Tuan rumah terus selesa apabila pukulan kilas Faizal pada minit ke-54 menerjah ke gawang Afrika Selatan.
Lawan tidak mengalah dan merapatkan jurang menerusi gol padang Miguel Da Graca tidak lama selepas itu.
Fitri Saari kemudian menambah satu lagi jaringan buat Malaysia pada minit ke-58.
Kemenangan skuad negara menjadi pasti apabila Marhan Jalil menjaringkan gol keenam.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul empat mata selepas dua perlawanan untuk menerajui Kumpulan B.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#hoki
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan