awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2023
07:14 MYT
Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Malaysia berdepan rintangan di Oman selepas diundi bersama juara Olimpik dua kali iaitu Great Britain dan Pakistan. - Foto Stadium Astro
SKUAD hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.
Hoki Kelayakan Olimpik Paris 2024 itu bakal berlangsung di Muscat, Oman bermula 15 hingga 21 Januari tahun hadapan.
Satu lagi pertandingan akan diadakan di Valencia, Sepanyol dengan hanya tiga pasukan dalam setiap pertandingan bakal meraih slot ke sukan temasya terbesar dunia itu.
Malaysia berdepan rintangan di Oman selepas diundi bersama juara Olimpik dua kali iaitu Great Britain dan Pakistan yang menamatkan saingan Trofi Juara-Juara Asia 2023 di tempat kelima.
Satu lagi pasukan melengkapkan cabaran kumpulan A adalah China yang merekodkan satu penampilan di pentas Olimpik iaitu pada edisi 2008.
Kumpulan B pula diisi oleh Jerman, New Zealand, Kanada dan Chile.
Dua pasukan terbaik setiap kumpulan bakal mara ke separuh akhir sebelum berentap merebut tiga slot ke Paris.
Untuk rekod, skuad lelaki negara terlepas peluang mendapatkan laluan automatik ke Paris di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas sekadar menamatkan saingan di tempat keenam.
Aksi Hoki di Sukan Olimpik Paris bakal diadakan di Stadium Yves-du-Manoir pada 27 Julai hingga 9 Ogos 2024.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#skuad hoki negara
#olimpik paris 2024
#pusingan kelayakan
#Sukan Asia Hangzhou 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan