KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 membantu melonjakkan Malaysia tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-147 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas.
Pasukan kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon mencipta sensasi apabila berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad dengan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 selepas membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.
Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah 42 tahun pasukan negara gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.
Sementara itu, juara Piala Dunia lima kali, Brazil kekal mendominasi ranking FIFA diikuti Belgium, Argentina, Perancis dan England bagi kedudukan lima teratas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas. - Gambar fail/Stadium Astro

WUF11 | Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi. #WUF11 #AWANIxWUF

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin
Sejak diperkenalkan, penggunaan methadone terbukti berkesan apabila kes jangkitan HIV membabitkan pengguna dadah secara suntikan (IDU) mencatatkan penurunan signifikan.

Selesaikan dahulu isu 'perut rakyat', baru fikir pilihan raya - Shamsul Amri
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk pilihan raya apatah lagi dalam keadaan rakyat berdepan pelbagai masalah termasuk isu harga barang.

Inflasi | SME turut terkesan, terpaksa naikkan harga
Golongan SME tidak terkecuali daripada terkena tempias daripada keadaan inflasi yang melanda seluruh negara. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel wong berkata, pengusaha SME tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga jualan sekaligu akan membebankan pengguna.

Inflasi Makanan | Pemain PMKS gusar kenaikan harga bahan mentah
Kesan inflasi makanan yang tinggi ketika ini menggusarkan pemain perusahaan mikro, kecil dan sederhada (PMKS) yang rata-ratanya terlibat dengan industri makanan dan pembuatan. Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid berkata, masalah berkenaan menyebabkan kenaikan harga bahan mentah yang sekali gus memberi kesan kepada harga produk.

Inflasi | Kurangkan marjin keuntungan untuk bantu pengguna
Pengusaha SME disaran tidak menaikkan harga jualan dengan sewenang-wenangnya meskipun berdepan situasi ketidaktentuan ekonomi. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata, pengusaha SME harus berkorban mengurangkan margin keuntungan dalam usaha untuk membantu pengguna.

Konsep Keluarga Malaysia dikongsi pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022
Malaysia akan menerangkan contoh bagaimana keharmonian diwujudkan dalam masyarakat majmuk.

Mahkamah | Bekas isteri SM Faisal harap kesnya jadi contoh
Emilia Hanafi sebelum menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berkata, walaupun kehadirannya itu 'secara protes' tetapi ia disifatkan jihad dalam memperjuangkan keadilan.

Mahkamah | Adik Emilia dakwa hantar surat kepada Istana Negara
Adik Emilia, Ezhan Hanafi mendakwa menghantar surat kepada Istana Negara bagi mempertimbangkan hukuman yang dihadapi kakaknya itu atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengenai tarikh lawatan tiga anaknya. Menurut Ezhan, surat tersebut dikemukakan sendiri olehnya tiga bulan lalu. Dia menegaskan akan buat apa sahaja untuk menegakkan keadilan buat Emilia.

Konsep Keluarga Malaysia dikongsi pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022
Malaysia akan menerangkan contoh bagaimana keharmonian diwujudkan dalam masyarakat majmuk.

Lima pelajar sekolah dalangi kegiatan curi Honda EX5 ditahan polis
Suspek yang berusia 14 hingga 16 tahun itu mempunyai kemahiran untuk menghidupkan motosikal jenis Honda EX5 dengan hanya menyambung wayar.

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, ambil petunjuk pergerakan menaik Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin selepas dagangan di Wall Street mengukuh semula.

BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Malaysia harap UN-Habitat iktiraf agenda Malaysia
Reezal Merican berkata kementeriannya telah membangunkan program di mana 150 PBT menyediakan pelan tindakan SDGs dan seterusnya membentangkan laporan 'Voluntary Local Review' (VLR).

Jual air zamzam 'online': Penguatkuasaan bawah bidang kuasa KPDNHEP - Idris
Larangan oleh negara berkenaan tidak termaktub bawah perundangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jumlah keseluruhan subsidi 2022 dijangka hampir RM80 bilion, terbesar dalam sejarah - Tengku Zafrul
Jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Warga emas retak tulang belakang disondol lembu korban
Seorang lelaki warga emas retak tulang belakang selepas diserang seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, pada Jumaat.

Produk tenusu Summerfield, Didi & Friends promosi susu sebagai makanan sihat
Didi & Friends bersama produk tenusu, Summerfield akan mempromosikan susu sebagai makanan sihat kepada masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak.

Industri Acara Perniagaan berpotensi promosikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau
Irmohizam menzahirkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad kerana sentiasa memberikan sokongan penuh dalam industri Acara Perniagaan.