awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tamatkan saingan di tempat kelima

Syamil Izwan Azizan
Syamil Izwan Azizan
08/07/2013
00:34 MYT
Malaysia tamatkan saingan di tempat kelima
Skuad hoki kebangsaan menamatkan kempen Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di tempat kelima selepas mengatasi Jepun dalam perlawanan klasifikasi ke-5/6 pada Ahad.
Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 sebelum pemenang terpaksa ditentukan menerusi shoot-out.
Berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Malaysia turun dengan momentum tinggi susulan kemenangan ke atas Pakistan sehari sebelumnya.
Skuad kendalian Paul Revington itu mempunyai permulaan baik pada babak pertama.
Razie Rahim membuktikan ketajaman penyudah dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-10 bagi meletakkan tuan rumah di depan.
Pendahuluan itu bagaimanapun hanya bertahan sehingga minit ke-29 apabila lawan mengikat kedudukan hasil jaringan Shinji Kawuchi.
Bersambung selepas rehat, Malaysia dan Jepun terus meningkatkan asakan bagi menambah jaringan.
Perlawanan berlanjutan ke penentuan shoot-out dengan Malaysia menyempurnakan 4 daripada 5 peluang.
Penjaga gol negara, S. Kumar jadi wira selepas menyelamatkan percubaan terakhir pemain Jepun sekaligus memastikan tempat ke-5 keseluruhan jadi milik Malaysia.
Topic Berkaitan
#hoki
#liga piala dunia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan