awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysian Tigress tidak dapat sertai ACT kerana COVID-19

Bernama
Bernama
07/12/2021
19:56 MYT
Malaysian Tigress tidak dapat sertai ACT kerana COVID-19
AHF mengumumkan skuad hoki projek khas wanita 'The Malaysian Tigress' dikeluarkan daripada kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2021 di Donghae, Korea Selatan. -Bernama
KUALA LUMPUR: Persekutuan Hoki Asia (AHF) mengumumkan skuad hoki projek khas wanita 'The Malaysian Tigress' dikeluarkan daripada kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2021 di Donghae, Korea Selatan.
AHF dalam kenyataan memaklumkan pasukan negara tidak dapat menyertai kejohanan itu susulan kes COVID-19 yang dilaporkan dalam skuad kebangsaan.
"AHF dukacita memaklumkan kini telah disahkan bahawa disebabkan komplikasi berkaitan COVID-19, pasukan Malaysia tidak dapat menyertai ACT 2021.
"Pasukan Malaysia akan dikeluarkan daripada kejohanan dan kejohanan kini menjadi pertandingan untuk lima pasukan," menurut kenyataan itu.
The Malaysian Tigress pada mulanya dijadual menentang Jepun esok, Korea Selatan (9 Dis) dan Thailand (11 Dis) selepas dibatalkan daripada perlawanan pembukaan menentang China pada 5 Dis dan India, semalam.
Pasukan negara dikuarantin sejak 1 Dis selepas Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan sebaik pasukan itu tiba di Donghae pada 29 Nov.
Pencapaian terbaik skuad negara adalah kedudukan pingat gangsa pada edisi 2013 manakala meraih tempat keempat dalam edisi 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hoki
#Malaysia
#India
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan