awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok

Bernama
Bernama
27/05/2022
14:57 MYT
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
MALONEY: Saya tidak pernah kata saya tidak akan membuat sebarang perubahan, tetapi pintu sentiasa terbuka untuk pemain yang bagus, jika mereka ada sebelum kami berlepas. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Jurulatih B-23 Kebangsaan Brad Maloney berkata walaupun mungkin tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai akhir, 50 pemain yang kini berada dalam senarai asal masih berpeluang untuk mendapatkan tempat meeka, sebelum pasukan itu berlepas Ahad ini.
"Saya tidak pernah kata saya tidak akan membuat sebarang perubahan, tetapi pintu sentiasa terbuka untuk pemain yang bagus, jika mereka ada sebelum kami berlepas.
"Kami mempunyai 50 pemain berdaftar, jadi asasnya mana-mana pemain dalam pendaftaran itu masih di bawah pertimbangan dan kami akan membuat keputusan akhir atas pemain yang ada, selepas sesi latihan esok," katanya pada sesi latihan di pusat Latihan Sime Darby di sini hari ini.
Skuad Harimau Muda berhadapan cabaran besar apabila mereka diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dalam Kumpulan C.
Selain Korea Selatan, Malaysia juga berhadapan dengan kuasa rantau ini, Thailand dan naib juara 2018, Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad B-23
#Piala Asia
#Tashke
#Uzbekistan
#Brad Maloney
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan