awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Man City kembali ke puncak liga

Astro Arena
Astro Arena
07/12/2021
01:54 MYT
Man City kembali ke puncak liga
Kemenangan ke atas Watford sudah tentu akan menambah keyakinan serta moral pemain-pemain Man City untuk terus mencipta kemenangan. - Astro ARENA
APABILA Chelsea tewas di tangan West Ham United ia telah memberi ruang pada 2 seteru utama ketika ini iaitu Liverpool dan Manchester City untuk memintas keduduk Chelsea sebagai pendahulu liga.
Sudah beberapa minggu anak didik Pep Guardiola sebagai juara Liga mengekori rapat Chelsea dan akhirnya mereka berjaya memintas The Blues untuk memastikan Man City berada pada landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan pada musim ini.
Kemenangan ke atas Watford sudah tentu akan menambah keyakinan serta moral pemain-pemain Man City untuk terus mencipta kemenangan bagi mengekalkan kedudukkan Man City ketika ini.
Namun begitu Liverpool dan Chelsea juga masih mengekori rapat pungutan mata dan sudah tentu ia akan memberi sedikit tekanan kepada anak didik Pep Guardiola.
Tetapi dengan kepakaran yang dimiliki Pep dalam mengurus emosi anak didiknya, ia tidak menampakkan kesukaran untuk Man City.
Berada pada prestasi yang baik ia sudah tentu akan membantu meningkatkan semangat kerjasama dan berpasukan yang jitu.
Ia boleh di lihat dari 5 kemenangan berturut-turut dimiliki Man City dan memperkukuhkan keutuhan hubungan serta terus mengekalkan keharmonian dalam keluarga Man City.
Ini boleh dirasakam melalui gerakan-gerakan yang dilakukan pemain-pemain Man City terutama melalui gerakkan kombinasi pemain-pemain mereka, itu telah menunjukkan mereka begitu memahami antara satu sama lain.
Inilah kekuatan yang ada pada Man City ketika ini di mana anak didik Pep Guardiola boleh menghadapi tekanan selain dengan kebijaksanaan Pep dalam menyusun strategi.
Walaupun perjalanan Liga Perdana Inggeris masih panjang namun dengan kualiti yang dimiliki serta kekuatan individu dalam pasukan Man City itu tidak mustahil mereka boleh mengekalkan kejuaraan musim lalu dan dengan itu juga ketika ini Man City kembali berada di puncak liga.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Manchester City
#Pep Guardiola
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan