KUALA LUMPUR: Kegagalan menstabilkan emosi dilihat sebagai faktor utama yang masih menghalang pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh, kembali mencapai tahap prestasi terbaik pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai baru-baru ini.
Penganalisis sukan dan pemerhati bola sepak tempatan Pekan Ramli berkata pemain sayap tersebut, berusaha keras di padang untuk membuktikan sesuatu, namun keinginan itu menyebabkannya gagal mengawal emosi sehingga melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
Beliau berkata perkara itu diburukkan lagi apabila pemain kelahiran Gambia itu, masih gagal berada pada tahap prestasi sebenar selain kekurangan minit permainan kompetitif, berikutan persaingan hebat antara pemain handalan di Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Apabila dia (Sumareh) gagal dapatkan minit permainan, makin sukar untuk dia dapatkan kembali prestasi walaupun masih diberi peluang oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dalam skuad kebangsaan.
"Apabila seseorang pemain makin lama makin tertekan, jadi dia makin susah nak dapatkan prestasi terbaik. Ini yang saya nampak berlaku pada Sumareh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Malaysia muncul naib juara kejohanan Piala Raja Thailand edisi ke-48 selepas tewas 0-3 kepada Tajikistan, dalam penentuan sepakan penalti setelah aksi 90 minit berakhir tanpa jaringan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, semalam.
Biarpun skuad Harimau Malaya muncul naib juara, penampilan Sumareh terutamanya ketika berhadapan Tajikistan mendapat kritikan peminat, selepas beraksi di bawah prestasi sebenar dengan dilihat seakan-akan hilang arah dalam taktikal Pan Gon.
Malah Sumareh juga hampir membawa padah kepada Harimau Malaya, kerana terjahan keras beliau ke atas pemain lawan pada penghujung separuh masa pertama, namun pemain kelahiran Gambia itu bernasib baik apabila tidak dilayangkan kad kuning kedua.
Pan Gon kemudiannya mengantikan beliau dengan Mohamad Faisal Abdul Halim pada babak kedua perlawanan.
Sebelum ini pada perlawanan pertama Malaysia menentang Thailand, Sumareh masuk mengantikan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-68 perlawanan, namun kehadirannya tidak banyak memberikan impak pada Harimau Malaya.
Bagaimanapun, disebalik semua itu Pekan percaya di usia 28 tahun, Sumareh mampu kembali ke prestasi terbaik, dengan syarat beliau perlu menggandakan usaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama JDT, bagi mendapatkan minit permainan sekali gus mengurangkan segala tekanan perasaan dan emosi.
"Kalau masih gagal juga saya tidak nampak pilihan lain selain dia kena pergi ke pasukan lain yang boleh beri dia tempat sebagai pemain utama.
"Saya juga percaya, jika Sumareh berjaya mencapai prestasi terbaik, sumbangannya bakal memberi impak besar kepada prestasi pasukan negara secara keseluruhan," katanya.
Pekan berkata masalah prestasi Sumareh bukan sahaja perlu diatasi oleh pemain itu seorang, tetapi peluang juga harus diberikan oleh Pan Gon sehinggalah tiada pilihan selain menggugurkannya selepas memberikan banyak peluang namun gagal menyerlah.
Sumareh merupakan pemain naturalisasi pertama negara selepas mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada April 2018 dan berdasarkan rekod bekas pemain Pahang itu telah menjaringkan lebih tujuh gol sejak membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya pada Oktober 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Sumareh (kiri) merupakan pemain naturalisasi pertama negara selepas mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada April 2018. - Gambar fail/BERNAMA
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Mohamadou Sumareh bantu JDT tewaskan Singapura
Nazmi Faiz jaring gol pada separuh masa pertama, dua lagi gol menerusi Mohamadou Sumareh dan pemain import baharu dari Colombia, Jorge Obregon pada baki 45 minit.
Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan.
Mana 'hilangnya' Mohamadou Sumareh?
Kegagalan menstabilkan emosi dilihat sebagai faktor utama yang masih menghalang pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh, kembali mencapai tahap prestasi terbaik pada kejohanan Piala Raja Thailand
Pemain naturalisasi yang kurang menyerlah tidak membantu - M. Karathu
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.
Peminat perlu adil kepada Liridon, De Paula
Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Safawi-Sumareh perlu dipisahkan - Dollah
Jurulatih Pahang itu menegaskan Vietnam ketika ini adalah pasukan yang sudah diperam sejak 2014, tahun yang sama Malaysia menewaskan mereka 4-1 di tempat lawan.
Pemain Malaysia bebas gangguan psikologi bertemu UAE
Keyakinan itu disuarakan Cheng Hoe berdasarkan perbandingan barisan pemain negara yang kali ini tampak memiliki 'wow factor' untuk mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023.
Safawi dan Sumareh 'bergelut', apa cerita?
Safawi dan Sumareh saling menolak bahu sebelum 'bergelut' sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk menenangkan mereka.
Sepakan penalti saat akhir bantu JDT raih tiga mata di Alor Setar
Sepakan penalti diberikan pengadil Razlan Joffri Ali selepas pemain gantian pasukan pelawat Mohamadou Sumareh dijatuhkan.
Cheng Hoe tidak pening bahagian tengah Malaysia
Sumareh antara nama yang dipanggil menyertai kem latihan pusat kem kebangsaan dari 22 hingga 30 Mac ini.