MANCHESTER CITY 2 BORUSSIA DORTMUND 1
Pep Guardiola mengakui Manchester City berasa bahang tekanan daripada kegagalan dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) terdahulu ketika membenam Borussia Dortmund 2-1 dalam suku akhir di tempat sendiri, sebentar tadi.
Jaringan lewat Phil Foden pada minit ke-90 memastikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membawa kelebihan ke Signal Iduna Park menjelang pertemuan kedua minggu depan.
Marco Reus menyamakan kedudukan untuk Dortmund ketika permainan berbaiki enam minit sementara City bergelut untuk memperagakan rentak meyakinkan selepas gol pembukaan dalam babak pertama oleh Kevin De Bruyne pada minit ke-19.
"Hari ini kami berasakan tekanan untuk mengadakan perlawanan di tempat sendiri. Kami tidak pasti bagaimana kami akan beraksi," kata pengurus itu kepada BT Sport.
Liverpool, Tottenham dan Lyon telah menyingkirkan anak buahnya di peringkat ini sejak tiga musim terakhir.
"Kami kami lebih saling mengenali," katanya lagi.
"Kami menganalisa apa yang harus kami lakukan seperti yang kami lakukan sepanjang lima atau enam bulan ini, turun dalam setiap perlawanan untuk menang."
Dortmund berang apabila usaha mereka untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat dibatalkan apabila Jude Bellingham dikesan mengasari penjaga gol The Cityzens, Ederson, terlebih dahulu sebelum menolak bola ke gawang kosong.
Guardiola menjelaskan City bergelut berkaitan dengan bahagian sayap yang yang menyaksikan pemain tengah, Rodri, dan pertahanan, Joao Cancelo, sukar menjelmakan permainan terbaik.
"Untuk beraksi dengan baik di posisi yang kami mahukan, kami perlukan gerakan tersusun dan hari ini tidak menjadi," katanya.
"Joao dan Rodri tidak menerima bola di posisi yang tepat untuk melorongnya kepada rakan-rakan. Tetapi ia sesuatu yang normal, Dortmund sebuah pasukan mantap. Kualiti yang mereka miliki menjadikannya sukar untuk kami menterjemahkan pendekatan kami.
"Kami akan menonton rakaman perlawanan ini, kini kami tahu apa yang mereka mahu lakukan untuk kami akan menyesuaikan beberapa hal sebelum kami ke Jerman dan berusaha memenangi pertemuan ini."
Astro Arena
Wed Apr 07 2021
Phil Foden (kiri) berebut bola dengan pemain Dortmund Jude Bellingham ketika perlawanan UCL antara Manchester City dan Borussia Dortmund di Stadium Etihad, Manchester, 6 April, 2021. (Foto AP)
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Ini kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau 'cleen sheet' di kubu keramat City sejak 2015.
EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'
John Stones memberikan pasukannya kelebihan dengan jaringan gol pendahuluan pada minit ke-23.
EPL: Pep Guardiola mahu anak buahnya sedia perangi Liverpool
Guardiola mahu Manchester City agar bersedia untuk 'mengatasi segala rintangan' dalam perlawanan merebut kejuaraan EPL menentang Liverpool.
EPL: Jurgen Klopp puji Pep Guardiola, pertembungan epik Liverpool, Man City
Liverpool akan menerima kunjungan juara Manchester City pada Ahad dengan kedua-dua pasukan mengejar sejarah dalam pertembungan besar EPL.
Guardiola tempelak perancang jadual EPL
Guardiola berkata tiada negara lain paksa wakilnya bermain liga domestik pada Ahad apabila mereka ada perlawanan peringkat Eropah pada Rabu.
Mo Salah kembali perkuat skuad The Reds
Mohamed Salah akan kembali membuat persiapan menjelang aksi pada Ahad bertemu Manchester City.
EPL: Sang penembak tepat Phil Foden wira Man City
Foden membatalkan gol pembukaan memukau Marcus Rashford dalam separuh masa pertama, 11 minit selepas rehat.