awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City lepasi ranjau Fulham di Stadium Etihad

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2022
02:50 MYT
Manchester City lepasi ranjau Fulham di Stadium Etihad
Erling Haaland meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan EPL antara Manchester City dan Fulham di Etihad stadium, Manchester, England, 5 Nov 2022. (Foto AP)
PENALTI pada masa kecederaan pemain gantian dari Norway, Erling Haaland membolehkan juara bertahan Manchester City yang beraksi 10 pemain melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Fulham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, anak buah Pep Guardiola terlebih dulu di depan seawal minit ke-16 menerusi rembatan padu penyerang Argentina Julian Alvarez yang tidak terjangkau penjaga gawang The Cottagers, Bernd Leno.
Tuan rumah berpeluang melebarkan jaringan, namun penyudah John Stones dibatalkan selepas Rodri berada dalam kedudukan ofsaid.
Skuad Pep Guardiola kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan Joao Cancelo dilayangkan kad merah selepas mengasari Harry Wilson di kawasan penalti.
Bekas bintang Manchester United, Andreas Pereira yang diberikan tanggungjawab Marco Silva tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ederson pada minit ke-28'.
City terus mendominasi perlawanan walaupun kurang seorang pemain, ternyata gagal mengatasi kecemerlangan Leno, bekas penjaga gol Arsenal, biarpun Haaland dimasukkan bagi menggantikan
Alvarez pada minit ke-64', berjaya menterjemahkan sentuhan Kevin De Bruyne dalam bentuk jaringan sebelum dinafikan video bantuan pengadil (VAR) di minit ke-74'.
Pemburuan tiga mata tuan rumah akhirnya direalisasikan Haaland selepas de Bruyne dijatuhkan di kawasan penalti, yang disempurnakan Haaland pada minit 95'.
Kemenangan ke-10 selepas 23 perlawanan itu memacu City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan 32 mata - satu mata mengatasi Arsenal.
LIGA PERDANA INGGERISy
Manchester City FC 2-1 Fulham FC
Leeds United 4-3 Bournemouth FC
Nottingham Forest 2-2 Brentford FC
Wolverhampton FC 2-3 Brighton & Hove
Everton FC 0-2 Leicester City FC
~ Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#EPL
#Erling Haaland
#Fulham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan