awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
17/01/2026
15:56 MYT
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Kemenangan ini bukan sahaja memberikan tiga mata penting, malah menjadi simbol kebangkitan prestasi Manchester United yang kelihatan kembali bermain dengan identiti dan semangat sebenar mereka. - Gambar: MU/Reuters
MANCHESTER benar-benar berwarna merah apabila Manchester United mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas seteru sekota, Manchester City, dalam aksi Derbi Manchester saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, satu persembahan bertenaga yang sekian lama tidak disaksikan penyokong United.
Selepas separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, United tampil lebih berani dan agresif sebaik babak kedua bermula.
Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-65 apabila Bryan Mbeumo membuka tirai jaringan menerusi serangan balas pantas yang disudahkan dengan penuh ketenangan, sekali gus menewaskan barisan pertahanan City.
Gol tersebut melonjakkan keyakinan skuad tuan rumah yang jelas bermain dengan intensiti, disiplin dan kesepaduan pasukan yang sudah lama tidak dipamerkan.
Hanya 11 minit kemudian, Patrick Dorgu menggandakan kelebihan United apabila bijak menyelinap di hadapan Rico Lewis sebelum menyudahkan peluang dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.
United sebenarnya berpeluang menambah jaringan. Gol Amad Diallo dan kapten Bruno Fernandes dalam separuh masa pertama dibatalkan kerana ofsaid, manakala percubaan Mason Mount selepas dimasukkan sebagai pemain gantian turut dinafikan atas keputusan sama.
Manchester City cuba bangkit dengan meningkatkan tempo permainan, namun barisan pertahanan United mempamerkan disiplin tinggi untuk mengekang setiap asakan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kemenangan ini bukan sekadar menghadiahkan tiga mata penting, malah menjadi simbol kebangkitan Manchester United yang kelihatan kembali bermain dengan identiti dan semangat sebenar mereka, satu persembahan yang telah lama dinantikan penyokong.
Kepulangan Michael Carrick ke Old Trafford sebagai pengendali sementara turut disambut dengan permulaan sempurna, sekali gus mengukuhkan keyakinan bahawa Manchester kembali milik Merah.
View this post on Instagram
A post shared by Manchester United (@manutd)
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liga Perdana Inggeris
#English Premier League
#derby Manchester
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan