awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United belum pasti kelibat Bruno Fernandes jumpa Tottenham

Astro Arena
Astro Arena
27/04/2023
01:45 MYT
Manchester United belum pasti kelibat Bruno Fernandes jumpa Tottenham
Erik ten Hag (kiri) tidak bersedia untuk mendedahkan adakah Fernandes (kanan) masih perlu direhatkan bagi pertemuan antara Manchester United dan Tottenham awal pagi Jumaat. - Foto Astro ARENA
KECERGASAN Bruno Fernandes menimbulkan tanda tanya menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dengan Tottenham, awal pagi esok.
Pemain tengah tersebut terpaksa dikeluarkan dalam kemenangan separuh akhir Piala FA ke atas Brighton & Hove Albion, tiga hari lalu, gara-gara kecederaan buku lali dan selepas itu dilihat menyarung pendakap kaki.
Begitupun, pada malam sebelum mereka bertandang ke Spurs, Erik ten Hag belum dapat mengesahkan sama ada Fernandes sedia diturunkan mahupun tidak.
Bahkan pengurus dari Belanda itu tidak bersedia untuk mendedahkan adakah pemain tengah tersebut masih perlu direhatkan bagi pertemuan penting berkenaan.
"Ada beberapa pemain yang belum bersedia," katanya.
Iceman Were heading back to Wembley United pic.twitter.com/733a9JoPiu
— Bruno Fernandes (@B_Fernandes8) April 23, 2023
"Martinez, Varane. Kami kena lihat sejauh mana keadaan Bruno Fernandes. Kami belum pasti. (Keadaannya) masih menjadi tanda tanya.
"Pemain cenderung memakai pendakap kerana kami ingin melindungi mereka. Tetapi buku lalinya perlu surut bengkaknya terlebih dahulu. Kita semua melihat dia bermain sepanjang 90 minit sebelum masa tambahan sedangkan kecederaan ini berlaku dalam separuh masa pertama.
"Ini perlawanan pertengahan minggu jadi esok mungkin terlalu terburu-buru tetapi kami perlu melihat sebarang kemungkinan."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Bruno Fernandes
#EPL
#Tottenham Hotspur FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan