awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
Kemelut politik: Tidak adil Bersatu dipersalahkan sepenuhnya - Dewan Ulama Pas Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar

Agensi
Agensi
30/12/2025
22:40 MYT
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Penjaga gol Wolverhampton Wanderers, Jose Sa, beraksi bersama pemain Manchester United, Benjamin Sesko. - Gambar Reuters
MANCHESTER: Manchester United menutup tirai tahun 2025 dengan kekecewaan apabila sekadar seri 1-1 menentang Wolverhampton Wanderers di Old Trafford, sekali gus membolehkan pasukan tercorot Liga Perdana itu meraih mata ketiga musim ini.
Joshua Zirkzee membuka jaringan buat United pada minit ke-27 menerusi rembatan yang terkena defleksi di luar kotak penalti, namun Wolves menyamakan kedudukan sebelum rehat hasil tandukan Ladislav Krejci.
Babak kedua menyaksikan aksi cemerlang kedua-dua penjaga gol.
Jose Sa terpaksa bertindak pantas menghalang tandukan rakan sepasukan Yerson Mosquera daripada masuk ke gawang sendiri, manakala Senne Lammens pula melakukan dua aksi menyelamat berturut-turut untuk menafikan percubaan Krejci dan Mosquera.
United hampir meraih kemenangan pada minit ke-90 selepas Patrick Dorgu menjaringkan gol, namun ia dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku offside.
Keputusan itu menyaksikan United kekal di tangga keenam dengan 30 mata, manakala Wolves terus menghuni dasar liga dengan hanya tiga mata daripada 19 perlawanan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Wolverhampton Wanderers
#Old Trafford
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan