awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United perlu sentiasa menderita - Erik ten Hag

Astro Arena
Astro Arena
24/08/2022
03:57 MYT
Manchester United perlu sentiasa menderita - Erik ten Hag
United mengejutkan musuh ketat mereka itu apabila melakar kemenangan sukar 2-1 di Old Trafford semalam. - Stadium Astro
PEMAIN Manchester United perlu bersedia untuk terus menderita jika mereka ingin memaksimumkan potensi mereka musim ini selepas menewaskan Liverpool, menurut pengurus, Erik ten Hag.
United mengejutkan musuh ketat mereka itu apabila melakar kemenangan sukar 2-1 di Old Trafford semalam dan lebih mengejutkan keputusan itu direkodkan selepas mereka mengharungi dua kekalahan yang mengecewakan.
The Red Devils memulakan era Ten Hag dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kekalahan berturut-turut kepada Brighton & Hove Albion termasuk dibelasah Brentford 0-4 di London.
Ten Hag kemudian mengambil drastik dengan menggugurkan Harry Maguire, Cristiano Ronaldo dan Luke Shaw daripada kesebelasan utamanya ke melayani kunjungan Liverpool yang menyaksikan pengganti masing-masing, Raphael Varane, Anthony Elanga dan Tyrell Malacia beraksi dengan baik dalam kemenangan pertama mereka ke atas The Reds sejak 2018.
Sikap keseluruhan barisan United menerima pujian meluas berdasarkan kegigihan mereka bertahan -- 232 tekanan terhadap pemain lawan adalah yang ketiga tertinggi musim ini.
Ten Hag menagih anak buahnya supaya memastikan persembahan semalam bukan sekadar satu kebetulan apabila menuntut mereka membina rentak itu bagi merealisasikan objektif mereka.
Sehubungan itu, pengurus dari Belanda itu memberi amaran kepada mereka agar terus merendah diri.
"Apa yang saya tuntut ialah pemain mempamerkan semangat terbaik pada setiap hari. Setiap hari, mereka perlu membawanya ke kelab," Ten Hag memberitahu laman sesawang rasmi United.
"Ia harus menjadi cara hidup dan saya harap mereka faham. Tahap prestasi tinggi hanya akan berfungsi sekiranya anda mempunyai semangat dan mempunyai fokus sedemikian.
"Jika pemain bersetuju maka mereka perlu sedia melukai diri sendiri dan menderita demi mencapai tahap terbaik." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Erik ten Hag
#EPL
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan