SPORTS
Manchester United 'sapu' RM45.66 juta beraksi di KL, Hong Kong

United akan menentang pasukan pilihan Hong Kong selepas aksi berdepan ASEAN All-Stars di Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian
MANCHESTER United membawa pulang habuan lumayan hasil daripada jelajah mereka ke Asia menerusi dua perlawanan persahabatan berlangsung di Kuala Lumpur dan Hong Kong.
Ringkasan AI
- Jelajah Manchester United ke Asia: Pasukan Manchester United mengadakan perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dan Hong Kong sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menjana pendapatan selepas kehilangan potensi pulangan besar akibat kekalahan dalam final Liga Europa.
- Keputusan dan ganjaran: Dalam perlawanan pertama mereka, skuad kendalian Ruben Amorim tewas 0-1 kepada pasukan ASEAN All-Stars dalam Piala Cabaran Maybank, tetapi tetap menerima bayaran lumayan sebanyak 8 juta pound (RM45.66 juta) untuk dua perlawanan tersebut.
- Konflik jadual di Hong Kong: Perlawanan United seterusnya akan berlangsung di Stadium Hong Kong, namun ia bertembung dengan aksi final Piala FA Hong Kong di Stadium Mong Kok, menimbulkan sedikit konflik dalam jadual bola sepak tempatan.
Selepas ini, mereka dijadualkan bertemu pasukan pilihan tempatan Hong Kong di Stadium Hong Kong yang berkapasiti 40,000 tempat duduk.
Bagaimanapun, perlawanan di Hong Kong itu dikatakan bertembung dengan aksi final Piala FA Hong Kong yang akan berlangsung di Stadium Mong Kok, menimbulkan sedikit konflik tarikh dalam kalendar bola sepak tempatan.
Jelajah ini dianjurkan oleh ProEvents dan dibawakan oleh Snapdragon, penaja rasmi jersi United.
Menurut laporan Mail Sport lagi, kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha kelab untuk menjana pendapatan selepas kehilangan potensi pulangan sekitar £85 juta gara-gara tewas kepada Tottenham Hotspur dalam final Liga Europa. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami