awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maradona bakal jalani pembedahan di bahagian bahu

Bernama
Bernama
21/05/2019
10:07 MYT
Maradona bakal jalani pembedahan di bahagian bahu
Dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat, Maradona telah mengalami masalah kesihatan sejak menamatkan kerjayanya pada 1997. REUTERS/Fail
Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona akan berlepas ke Buenos Aires untuk menjalani pembedahan membabitkan bahu kirinya, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan ejen dan sahabat pemain sensasi itu, Matias Morla pada Isnin.
Pemain berusia 58 itu dijangka terbang dari Mexico, di mana beliau kini melatih pasukan divisyen kedua negara iaitu Dorados, ke ibu kota Argentina pada Selasa, kata Morla kepada akhbar Clarin.
Beliau berkata pembedahan itu "telah dijadualkan" namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kecederaan yang dialami.
Sebaik sembuh, pemain yang menjulang Piala Dunia 1986 itu akan kembali ke Mexico untuk meneruskan tugasnya sebagai ketua jurulatih kelab tersebut yang berpangkalan di Culiacan, kata Morla.
Dorados telah terlepas peluang untuk mara ke divisyen teratas Mexico sejak dua musim lepas ketika di bawah bimbingan Maradona, yang mengambil alih kelab itu pada September lepas.
Minggu lepas Maradona memberitahu media tempatan bahawa beliau telah meminta para pegawai Dorados melanjutkan kontrak dua tahun dengan bajet lebih besar untuk memperkuat pasukannya.
Dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat, Maradona telah mengalami masalah kesihatan sejak menamatkan kerjayanya pada 1997.
Pada 2004, beliau telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung dan pernafasan yang teruk berkaitan pertarungannya menentang ketagihan dadah.
Beliau telah menjalani dua pembedahan pintasan gastrik bagi mengawal berat badannya dan menerima rawatan untuk penyalahgunaan alkohol.
Pada Januari, bekas penyerang Boca Juniors, Barcelona dan Napoli itu menjalani pembedahan bagi membendung pendarahan dalam perutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Argentina
#bahu
#bajet
#barcelona
#bola sepak
#Buenos Aires
#Diego Maradona
#Dorados
#kecederaan
#ketua jurulatih
#Matias Morla
#Mexico
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan