awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marcus Rashford ke Barcelona. Keputusan tepat buat Manchester United?

Astro Arena
Astro Arena
21/07/2025
08:45 MYT
Marcus Rashford ke Barcelona. Keputusan tepat buat Manchester United?
Rashford dilaporkan sudah tiba di Barcelona untuk menjalani ujian perubatan sebelum menyertai sebagai pemain Barcelona. - Stadium Astro
PEMAIN kelahiran England, Marcus Rashford, dikatakan bakal berhijrah ke bumi Sepanyol menyertai pasukan gergasi, Barcelona, secara pinjaman.

Ringkasan AI
  • Marcus Rashford bakal sertai Barcelona secara pinjaman, dengan pilihan pembelian kekal pada musim panas 2026; gaji penuh ditanggung Barca dan pemain ambil potongan 15%.
  • Barcelona bayar 14 juta euro (RM69.2 juta) untuk satu musim pinjaman; perpindahan ini turut dipengaruhi faktor FFP dan kemungkinan perubahan skuad seperti pemergian Ter Stegen.
  • Rashford sudah tiba di Barcelona untuk ujian perubatan dan akan sertai pramusim; beliau tinggalkan Manchester United selepas 10 musim, 138 gol dan 426 penampilan.

Sumber ESPN melaporkan Barca bakal menanggung sepenuhnya gaji Rashford dan terdapat pilihan untuk bersama Barcelona secara kekal pada musim panas 2026.
Menurut sumber wartawan terkemuka, Fabrizio Romano, pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mengambil potongan gaji sebanyak 15 peratus dari gaji asalnya.
Jaguh LaLiga itu bakal membayar sebanyak 14 juta euro bersamaan RM69,202,000 bagi satu musim.
BREAKING: Marcus Rashford to Barcelona, here we go! Verbal agreement in principle between all parties involved with Barça planning for medical tests next days. Loan deal with buy option, details being finalised today then Man Utd will authorize his travel to Spain. pic.twitter.com/Hp4sZNBCRv
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 19, 2025
Cubaan untuk menandatangani Rashford dengan kekal di Barca harus dilihat menerusi financial fair play (FFP) LaLiga termasuk kemungkinan besar penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen meninggalkan Blaugrana.
Marcus Rashford sudah tiba di Barcelona untuk menjalani ujian perubatan sebelum menyertai sebagai pemain Barcelona.
Dia juga bakal dipersembahkan pada hari Selasa sebelum mengikuti skuad Barca dalam pramusim pada Khamis.
Untuk rekod, Rashford telah menyarung jersi Manchester United sebanyak 10 musim dan telah mencatatkan 138 jaringan dalam 426 penampilan bersama The Red Devils.
Mampukah dia raih kembali ke prestasi terbaiknya di bawah kendalian Hansi Flick? Sama-sama kita nantikan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Marcus Rashford
#Manchester United
#barcelona
#berhijrah ke Sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan