awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'

Bernama
Bernama
23/09/2023
21:15 MYT
Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Mohamad Norza (kiri) bercakap pada sidang media mengenai perkembangan atlet-atlet negara yang akan bertanding pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di Hangzhou, 23 Sept 2023. --fotoBERNAMA
HANGZHOU: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dilihat sudah bersedia untuk keluar daripada bayangan seniornya Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang bermula secara rasmi semalam.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Mohd Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlagannya di pentas antarabangsa.
Bagaimanapun, katanya menjelang temasya sukan empat tahun sekali itu, pemenang gangsa acara keirin Sukan Komanwel 2022 itu menunjukkan sisi berbeza dari segi penampilan yang lebih garang, selain dilihat lebih berkeyakinan setelah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang di Hangzhou.
"Saya rasa kombinasi itu (sisi berbeza dan mandat diberikan) jadikannya sangat bertenaga, sikapnya seperti Mohd Azizulhasni dan beliau beritahu saya bahawa sudah bersedia untuk menggalas cabaran ini dan yakin dapat beri persaingan hebat.
"Beliau juga bersedia terutama untuk gantikan Mohd Azizulhasni dalam acara keirin, , saya rasa dia sudah bersedia untuk bangkit pada temasya itu....saya suka apa yang saya lihat (semangat Shah Firdaus)," katanya pada sidang media bersama pengamal media tempatan Pusat Media Utama (MPC) di sini, semalam.
Sebelum ini, Mohd Azizulhasni mengumumkan menarik diri daripada Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas mengalami kecederaan pinggul susulan kemalangan berkelajuan tinggi ketika sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.
Kekosongan ditinggalkan beliau dalam acara keirin akan diisi Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang akan beraksi bersama Shah Firdaus.
Sebagai rekod, Shah Firdaus yang merupakan atlet kelahiran Johor adalah pemenang pingat perak acara keirin pada Kejohanan Asia 2019 dan 2022 sebelum menyambar gangsa pada edisi 2023 yang berlangsung di Nilai.
Pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Shah Firdaus bersama Mohd Azizulhasni dan Muhammad Fadhil merangkul perak acara pecut berpasukan.
Dalam perkembangan berasingan, Mohamad Norza berkata kesemua atlet negara dilihat bersemangat tinggi ketika membuat lawatan ke perkampungan sukan di sini pagi semalam.
"Saya bertemu ramai atlet khususnya dari sukan hoki, berbasikal dan wushu. Saya juga berkesempatan memberi sedikit kata-kata semangat kepada pasukan hoki yang akan memulakan perlawanan esok dan semangat atlet kita keseluruhannya sangat tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Shah Firdaus Sahrom
#Mohamad Norza Zakaria
#Sukan Asia Hangzhou 2022
#pelumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan