PETALING JAYA: Skuad bola sepak negara mungkin terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal dalam Kejohanan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Kemboja, bulan ini.
Ketua Jurulatih Skuad B-23 negara Brad Maloney berkata Wan Kuzri akan terlepas peluang menyertai kejohanan di Kemboja itu selepas pemain itu masih tidak dapat menyelesaikan masalah peribadinya di Amerika Syarikat.
"Ya saya berhubung dengannya pagi tadi dan beliau masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalahnya... jadi nampaknya kami tidak dapat membawa beliau bersama kali ini.
"Ini adalah sesuatu yang kami perlu tangani. Alangkah baiknya jika Wan Kuzri bersama kami. Dia sememangnya seorang pemain yang bagus tetapi kami perlu melangkah ke hadapan dan memberikan peluang ini kepada pemain lain dalam kejohanan ini," kata beliau kepada wartawan ketika ditemui di kem latihan berpusat di sini hari ini.
Ditanya mengapa penyerang sensasi Luqman Hakim Shamsuddin tidak tersenarai kali ini, Maloney berkata pemain yang berpangkalan di Belgium itu sedang memberikan komitmen penuh kepada kelabnya, K.V. Kortrijk pada masa ini.
Bagaimanapun, jurulatih berusia 50 tahun itu berkata beliau sering berhubung dengan Wan Kuzri dan Luqman untuk berkongsi rancangan semasanya dan perkembanagn terkini skuad itu biarpun tanpa kehadiran mereka di Kemboja.
"Mereka selalu dalam perancangan saya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua pemain akan beraksi pada Sukan SEA Mei ini dan Piala Asia B-23 2022 dalam bulan Jun dan Sukan Asia September tahun ini.
Pada masa sama, Maloney berkata senarai akhir skuad negara terdiri daripada 28 pemain akan diumumkan Jumaat ini.
Sementara itu, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, yang merupakan antara tonggak utama membantu negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 selepas mengungguli saingan kumpulan pusingan kelayakan di Mongolia tahun lepas, menyifatkan ketiadaan Wan Kuzri tidak akan menjejaskan persiapan pasukan ke Kemboja nanti.
Pemain Terengganu FC II itu berkata ini kerana rata-rata pemain lain termasuk mereka yang kali pertama dipanggil menyertai kem latihan pusat itu menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha merebut tempat ke Kemboja.
"Sekarang ini persediaan pasukan dalam 80 peratus, semua tunjuk perkembangan positif sejak hari pertama latihan pada 27 Jan lepas," katanya.
Dalam pada itu, penjaga gol Skuad Projek FAM-MSN, Aizat Aiman Mazlan yang kali pertama dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan mengakui masih bergelut untuk memahami aspek taktikal Maloney namun akan berusaha untuk menonjolkan diri untuk disenaraikan jurulatih itu ke Kemboja.
Skuad kebangsaan B-23 itu, yang diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan kempen menentang Myanmar di Stadium Prince pada 15 Feb ini.
Anak buah Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 18 Feb di venue sama sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi berdepan Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Feb.
Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Wan Kuzri akan terlepas peluang menyertai kejohanan di Kemboja selepas pemain itu masih tidak dapat menyelesaikan masalah peribadinya di Amerika Syarikat. - Gambar fail/ Bernama
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Masalah peribadi, Wan Kuzri mungkin terlepas peluang wakili pasukan B-23 negara di Kemboja
Wan Kuzri akan terlepas peluang menyertai kejohanan di Kemboja itu selepas pemain itu masih tidak dapat menyelesaikan masalah peribadinya di Amerika Syarikat.