awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik balas dendam singkirkan Wei Keng-Chang

Bernama
Bernama
26/01/2023
14:31 MYT
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik balas dendam singkirkan Wei Keng-Chang
Aaron-Wooi Yik menumpaskan pasangan nombor tujuh dunia itu 22-20, 21-13. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membalas dendam mereka ke atas Liang Wei Keng-Wang Chang dengan menyingkirkan beregu China itu daripada Kejohanan Indonesia Masters, hari ini.
Selepas kecewa dengan kegagalan di final Terbuka India, Aaron-Wooi Yik yang kini merupakan beregu nombor dua dunia menumpaskan pasangan nombor tujuh dunia itu 22-20, 21-13 selepas perlawanan selama 37 minit di pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.
Ini merupakan kemenangan sulung Aaron-Wooi Yik ke atas Wei Keng-Chang yang sebelum ini mereka tewas dalam tiga pertemuan dan kekalahan terakhir mereka di final Terbuka India.
Juara Dunia 2022 itu akan bertemu satu lagi beregu China He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam suku akhir esok.
Juara beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah juga mara ke suku akhir selepas menewaskan rakan beregu senegara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-13, 21-16 dalam masa 33 minit.
Beregu nombor enam dunia itu akan dicabar gandingan Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan dari China yang menewaskan wakil Korea Selatan Kim So Yeong-Kong Hee Yong 22-20, 22-24, 21-12.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Mathias Thyrri-Amalie Magelund dari Denmark 21-19, 21-16 dalam masa 39 minit.
Satu lagi beregu lelaki negara Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong ditunjukkan jalan keluar awal oleh beregu Jepun Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi selepas 17-21, 17-21 kepada mereka.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong terlepas peluang ke suku akhir selepas ditundukkan Lakshya Sen dari India 21-19, 8-21,17-21
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Masters Indonesia
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan