awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mula langkah kanan

Bernama
Bernama
24/01/2023
12:54 MYT
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mula langkah kanan
Perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, itu menyaksikan pilihan keenam kejohanan itu hanya mengambil masa 27 minit untuk merakamkan kemenangan straight set, 21-8, 21-13. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan langkah kanan apabila menang mudah ke atas gandingan Singapura, Yujian Jin-Crystal Wong Jia Ying, hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, itu menyaksikan pilihan keenam kejohanan itu hanya mengambil masa 27 minit untuk merakamkan kemenangan straight set, 21-8, 21-13.
Juara Sukan Komanwel 2022 itu dijadual bertemu sama ada rakan sepasukan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien atau gandingan Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun yang membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan untuk ke pusingan kedua.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong turut mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan India, Krishna Prasad Garaga-Visnuvardhan Goud Panjala, 21-17, 21-9.
Pasangan ranking ke-40 dunia itu bakal bertemu gandingan Jepun, Keiirchiro Matsui-Yoshinori Takeuchi yang mengetepikan pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Shin Baek Cheol, dalam satu lagi perhitungan hari ini.
Beregu persendirian lelaki negara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci turut berjaya menumpaskan gandingan Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura, 21-15, 21-19 dalam pusingan kelayakan untuk ke pusingan pertama bertemu beregu senegara dan juara dunia, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, esok.
Bagi perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei turut memulakan kempen kelayakan dengan kemenangan apabila menundukkan pemain Jepun, Koki Watanabe, 21-19, 7-21, 21-17 dan pemain India, B. Sai Praneeth 21-18, 21-19.
Pemain berusia 26 tahun itu bakal bertemu pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Ling Angus pada pusingan pertama, esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masters Indonesia
#Pearly Tan
#M Thinaah
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan