awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal perkenal harga tanda aras minimum bagi timah
Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu
Kulim Smart Care jadi platform pintar salur aduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2026
16:20 MYT
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama pasangan nombor satu negara itu mencipta kejuaraan di bumi Indonesia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mencuri tumpuan apabila dilihat memartabatkan Bahasa Melayu ketika diminta memberi reaksi selepas menang bergaya di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memartabatkan Bahasa Melayu ketika memberi reaksi selepas menang bergaya di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
  • Pasangan beregu campuran itu memberi reaksi dalam Bahasa Melayu walaupun diwawancara dalam bahasa Inggeris, menunjukkan penghargaan terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mereka mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan menyoroti tekanan serta semangat yang diberikan oleh penonton semasa aksi final menewaskan pasangan Denmark.

Walaupun diwawancara dalam bahasa Inggeris oleh pengacara sukan selepas merangkul gelaran juara Masters Indonesia, pasangan regu campuran itu memberi reaksi dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara.
Momen itu dirakam ketika Ee Wei ketika disoal wartawan tentang maksud kemenangan pasangan beregu itu.
"First of all, thank you kepada semua penyokong di Istora (Senayan). Saya rasa kamu sangat luar biasa dengan supporters dari Malaysia, dari Indonesia, thank you very much ," kata Ee Wei.
Tang Jie kemudian ditanya samada penonton dan penyokong di arena berkenaan membuatkan mereka bersemangat sepanjang perlawanan.
"Saya rasa of course lah selalu kalau kita datang sini memang rasa environment sini, supporter sini selalu kasi banyak pressure kalau lawan Indonesia. So lain kali kalau lawan Indonesia, kasi chance sikit lah," katanya berseloroh.
Tang Jie-Ee Wei, meraih gelaran pertama musim ini selepas menewaskan wakil Denmark dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Dalam aksi final kejohanan berstatus Super 500, pasangan nombor empat dunia itu menewaskan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-11 dalam tempoh 57 minit.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama pasangan nombor satu negara itu mencipta kejuaraan di bumi Indonesia.
Topic Berkaitan
#Masters Indonesia
#badminton
#sukan
#Cheng Tang Jie
#toh ee wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan