awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta pengguna di seluruh AS terputus bekalan elektrik akibat ribut musim sejuk
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu

Bernama
Bernama
25/01/2026
20:45 MYT
Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu
Pintu masuk bangunan Parlimen Iraq menjelang persidangan sesi pertama, di Baghdad, Iraq, 29 Dis 2025. - Gambar fail/REUTERS
BAGHDAD: Parlimen Iraq akan bersidang pada Selasa ini untuk memilih presiden baharu negara, kata Speaker Haibet Al-Halbousi pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.
"Selasa ini akan diadakan sesi untuk memilih Presiden Republik," kata Halbousi dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi INA.
Dewan itu telah mendedahkan senarai 19 calon bagi jawatan itu, termasuk penyandang jawatan Presiden Abdul Latif Rashid dan Menteri Luar Fuad Hussein.
Iraq mengadakan Pilihan Raya Parlimen pada 11 Nov lepas, iaitu pengundian keenam sejak pencerobohan Amerika Syarikat pada 2003.
Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk memilih presiden dan memberi kepercayaan kepada kerajaan.
Mengikut tradisi sistem perkongsian kuasa Iraq dalam kalangan kuasa politik dominan, jawatan Perdana Menteri diperuntukkan kepada penganut Syiah, jawatan Presiden kepada etnik Kurdish, manakala Speaker Parlimen kepada penganut Sunni.
Menurut perlembagaan Iraq, parlimen berkewajipan untuk memilih presiden negara dalam tempoh sebulan dari sesi pertama, yang telah diadakan pada 29 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Iraq
#Speaker Haibet Al-Halbousi
#Presiden Iraq
#Pilihan Raya Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan