Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei padam impian Denmark, juara buat kali pertama di Jakarta

Ini merupakan kali pertama pasangan nombor satu negara itu mencipta kejuaraan di bumi Indonesia. - Stadium Astro
BEREGU campuran sensasi negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meraih gelaran pertama musim ini selepas menewaskan wakil Denmark dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senaya, Jakarta sebentar tadi.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama pasangan nombor satu negara itu mencipta kejuaraan di bumi Indonesia.
Dalam pertembungan sengit itu, Mathias Christiansen-Alexandra Boje menonjolkan permainan berkualiti, sekali gus memaksa wakil negara berhempas pulas dalam aksi final itu.
Meskipun tewas set pertama 15-21, juara dunia itu melakar kebangkitan 21-17 dalam set kedua untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Dalam perlawanan akhir itu, beregu campuran ranking keempat dunia itu pantas mengasak pihak lawan dengan pukulan kencang dan mensasarkan kesilapan mereka untuk tenang mendahului di depan.
Mata kejuaraan hadir 21-11 untuk Tang Jie dan Ee Wei berada di atas podium buat kali pertama musim ini. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


