awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Thailand: Aaron-Khai Xing mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
28/01/2025
14:49 MYT
Masters Thailand: Aaron-Khai Xing mara ke pusingan kedua
Juara Dunia Remaja 2024 Aaron Tai-Kang Khai Xing mara ke pusingan kedua Masters Thailand selepas mengetepikan gandingan tuan rumah Pongsakorn Thongkham-Wongsathorn Thongkham hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara Dunia Remaja 2024 Aaron Tai-Kang Khai Xing mara ke pusingan kedua Masters Thailand selepas mengetepikan gandingan tuan rumah Pongsakorn Thongkham-Wongsathorn Thongkham hari ini.
Pada aksi berlangsung di Nimibutr Arena, Bangkok, pasangan negara mengambil masa 31 minit sebelum menang mudah 21-16, 21-18 untuk menempah pertemuah dengan wakil Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin.
Terdahulu, Muhammad Shohibul-Daniel menewaskan gandingan India K.Viraj-K Viplav 21-13, 21-10.
Turut mara ke pusingan kedua, adalah pemain profesional negara, Goh V Shem yang bergandingan dengan Choi Sol Gyu dari Korea Selatan.
V Shem-Sol Gyu menumpaskan beregu negara Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean 21-16, 21-18 dan akan bertemu wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana di pusingan kedua Khamis ini.
Leo-Bagas mara selepas menewaskan beregu profesional negara, Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao 21-15-21-12.
Sementara itu, beregu wanita muda negara Ong Xin Tee-Carmen Ting melepasi halangan pertama selepas mengalahkan S Kavipriya-S Simran dari India 21-17, 21-14.
Pasangan itu dijadualkan berdepan pemenang bagi perlawanan melibatkan wakil Taiwan, Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao menentang Natchananpon Roongpiboonsopit-Sirada Roongpiboonsopit.
Nasib berbeza buat beregu profesional lelaki negara Low Hang Yee-Ng Eng Chong yang tersingkir awal selepas tewas kepada gandingan Thailand Chaloempon Charoenkitamorn-Worrapol Thongsa Nga 21-17, 21-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Juara Dunia Remaja 2024
#Aaron Tai
#Kang Khai Xing
#Masters Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan