awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe ke Liverpool? Mustahil, kata Klopp

Astro Arena
Astro Arena
18/05/2022
02:38 MYT
Mbappe ke Liverpool? Mustahil, kata Klopp
Walaupun Klopp (kanan) peminat Mbappe (kiri), dia menegaskan Liverpool tidak berhasrat untuk cuba mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu pada jendela seterusnya.
JURGEN Klopp berminat untuk mendapatkan Kylian Mbappe, tetapi menerima Liverpool tidak dapat bersaing dengan Real Madrid untuk mendapatkan tandatangan penyerang Paris Saint-Germain itu.
Mbappe akan tamat kontrak dengan PSG bulan depan dan mendedahkan minggu lalu dia hampir membuat keputusan mengenai masa depannya.
Real adalah pilihan kuat untuk menandatangani pemain antarabangsa Perancis itu, manakala beberapa kelab lain -- Liverpool antaranya -- juga telah dikaitkan sebelum ini.
Menurut laporan dari Sepanyol minggu ini, Liverpool membuat percubaan lewat untuk memujuk Mbappe untuk beralih ke Anfield, bukannya Santiago Bernabeu.
Tetapi sementara Klopp adalah peminat Mbappe, dia menegaskan Liverpool tidak berhasrat untuk cuba mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu pada jendela seterusnya.
"Sudah tentu kami berminat dengan Kylian. Kami tidak buta," katanya.
"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan mengenai [hubungan yang dilaporkan] antara Kylian dan Liverpool... semuanya baik-baik saja.
"Kami suka dia dan jika anda tidak menyukainya maka anda perlu mempersoalkan diri sendiri. Tetapi kami tidak boleh menjadi sebahagian daripada pertempuran ini; mesti ada kelab lain. Dia masih pemain yang hebat."
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#Liverpool
#jurgen klopp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan