awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McGregor 'kantoi' kini berdepan enam pertuduhan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2022
04:19 MYT
McGregor 'kantoi' kini berdepan enam pertuduhan
Bagaimanapun, menurut jurucakapnya, McGregor (kiri) lulus ujian dadah dan alkohol yang dilakukannya ketika berada di balai polis. - Foto Agensi
BINTANG Kejuaraan Pertempuran Ultimate (UFC) Conor McGregor berdepan enam pertuduhan pada April susulan penahanannya di Dublin, Ireland 22 Mac lalu kerana didapati memandu secara berbahaya bulan lalu.
Menurut satu laporan, McGregor berdepan dua pertuduhan memandu secara berbahaya, memandu tanpa lesen yang sah, gagal mengemukakan lesen memandu, memandu tanpa insurans dan gagal mengemukakan rekod insurans.
Susulan penahanannya, itu polis turut menyita kereta jenama Bentley milik peninju berusia 33 tahun itu, namun bertindak memulangkan semula kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, menurut jurucakapnya, McGregor lulus ujian dadah dan alkohol yang dilakukannya ketika berada di balai polis.
McGregor kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan dijadualkan kembali ke mahkamah pada 23 Jun depan untuk dibicarakan.
Untuk rekod, McGregor kini sedang menjalani proses pemulihan akibat mengalami kecederaan kaki setelah bertarung dengan Dustin Poirier pada Julai 2021 lalu.
Namun, McGregor memberitahu media bahawa dia merancang untuk kembali bertarung dalam kelas welterweight, setelah pulih daripada kecederaan berkenaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#ditahan di Dublin
#memandu tanpa insurans
#ujian dadah dan alkohol
#Conor McGregor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan