awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka sedia jadi destinasi pelancongan sukan

Bernama
Bernama
05/06/2022
09:09 MYT
Melaka sedia jadi destinasi pelancongan sukan
Shanmugam berkata penganjuran kejohanan itu secara tidak langsung memeriahkan lagi industri pelancongan dan berharap ia dimasukkan dalam kalendar acara tahunan. - Gambar/ Tourism Melaka
MELAKA: Kerajaan negeri sedia menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan sukan unggul bagi penganjuran pelbagai acara termasuk kejohanan bertaraf antarabangsa.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V P Shanmugam berkata subsektor pelancongan sukan termasuk dalam agenda kerajaan negeri yang dilihat mampu merancakkan lagi pelancongan di Melaka yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.
"Pihak kita sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan apa jua acara sukan dan kejohanan di Melaka, seterusnya sudah tentu mereka akan diberikan keistimewaan untuk menganjurkan apa-apa pertandingan dengan kerjasama kerajaan negeri.
"Kita juga berharap lebih banyak sukan berprestasi tinggi diadakan di negeri ini seperti golf dan sebagainya memandangkan kita mempunyai fasiliti-fasiliti terbaik yang mampu menarik penyertaan peserta dari dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Perasmian Penutup dan Upacara Penyampaian Hadiah Triathlon Series Melaka 2022 di Klebang di sini hari ini.
Shanmugam berkata penganjuran kejohanan itu secara tidak langsung memeriahkan lagi industri pelancongan dan berharap ia dimasukkan dalam kalendar acara tahunan.
Kejohanan tersebut disertai seramai 552 peserta dari seluruh negara dan luar negara antaranya dari Australia, United Kingdom, Singapura, Itali, Switzerland, Jepun dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#destinasi pelancongan sukan
#V P Shanmugam
#Triathlon Series Melaka 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan