awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi akan hadirkan lebih banyak trofi buat PSG

Astro Arena
Astro Arena
11/08/2021
23:22 MYT
Messi akan hadirkan lebih banyak trofi buat PSG
Messi, 34 tahun, pemenang Ballon d'Or enam kali, meninggalkan Barcelona selepas gergasi LaLiga itu tidak mampu mengekalkannya. - Astro ARENA
NASSER Al-Khelaifi mengharapkan Lionel Messi memenangi 'banyak piala' untuk Paris Saint-Germain setelah kapten Argentina itu diperkenalkan di Parc des Princes pada hari 'bersejarah' untuk kelab Ligue 1 itu.
PSG mengesahkan menandatangani Messi dengan kontrak dua tahun semalam, dengan pilihan untuk tahun berikutnya.
Pemenang Ballon d'Or enam kali itu meninggalkan Barcelona selepas gergasi LaLiga itu tidak mampu untuk mengekalkan pemain berusia 34 tahun.
Messi menjaringkan 672 kali dalam 778 penampilan untuk Blaugrana, memenangi Liga Juara-Juara empat kali dan meraih 10 gelaran LaLiga.
Presiden PSG, Al-Khelaifi, percaya bahawa dia akan menambah banyak pencapaian bersama PSG, menyatakan bahawa menandatangani Messi sebagai satu 'permulaan'.
"Saya sangat gembira dan bangga memperkenalkan Lionel Messi sebagai pemain PSG. Ini adalah hari bersejarah bagi dunia kelab dan bola sepak dan merupakan saat yang luar biasa bagi kami," kata Al-Khelaifi ketika beribu-ribu peminat berkumpul di luar stadium untuk menyambut wira baru mereka.
"Ini akan sangat menggembirakan peminat di seluruh dunia. Sungguh menakjubkan apa yang telah kami cuba capai.
"Kami mempunyai cita-cita besar, sebuah projek bola sepak. Kami sangat bangga dengan kedudukan kami sekarang. Tidak ada rahsia perjanjian ini dengan pemain terbaik di dunia ini."
BACA: Lionel Messi lembaran baru buat PSG - Nasser Al-Khelaifi
Al-Khelaifi menambah lagi, "Ada keinginan besar di kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan persetujuan ini.
"Ini baru permulaan kerana kerja keras akan bermula sekarang, di padang dan di luar padang, tetapi yang paling penting orang di sebelah saya telah memenangi banyak trofi dan saya yakin dia akan membawa lebih banyak trofi untuk kelab ini."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Paris Saint-Germain
#PSG
#Lionel Messi
#piala
#Nasser Al-Khelaifi
#barcelona
#trofi
#kontrak
#Liga Juara-Juara
#projek bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan