awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi berhak raih lebih banyak gelaran UCL - Suarez

Astro Arena
Astro Arena
05/09/2018
05:14 MYT
Messi berhak raih lebih banyak gelaran UCL - Suarez
Lionel Messi (hadapan) meraikan kejayaan bersama Luis Suarez selepas menjaringkan gol keenamnya pada perlawanan La Liga antara Barcelona dan Huesca di Stadium Nou Camp, Barcelona, Sepanyol, 2 Sept, 2018. (AP Photo/Eric Alonso)
LUIS Suarez percaya rakan sepasukannya, Lionel Messi, berhak memenangi lebih daripada empat pingat Liga Juara-Juara (UCL) selepas juara LaLiga itu menetapkan sasaran untuk menjulangnya musim ini.
Messi mengharungi karier yang sarat gelaran di Nou Camp, dengan pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah menjulang 33 gelaran - termasuk empat UCL.
Pemain berusia 31 tahun itu telah meraihnya pada 2006, 2009, 2011 dan 2015 tetapi Suarez menegaskan Messi berhak meraihnya lebih lagi.
"Dia seorang pemain yang bermotivasi tinggi. Kini bergelar kapten pasukan dan dia mahu menjulang lebih banyak trofi.
"Kami memiliki pasukan yang berkualiti serta jurulatih yang mampu memenangi segala-galanya.
"Tetapi ia adalah kejohanan yang sukar dan Messi tidak melakukannya seorang diri. Kami sepasukan perlu berusaha untuk bergelar juara.
"Sejujurnya, ia agak mengecewakan buat kami kerana Real Madrid telah memenangi UCL tiga tahun berturut-turut. Mereka mencipta sejarah dan pedih untuk kami menerimanya."
Sementara itu, Suarez yang memikirkan mengenai masa depannya meluahkan hasrat untuk bersara di Barcelona.
"Keluarga saya gembira berada di sini. Saya bersama kelab yang mempercayai saya selepas insiden yang berlaku dalam Piala Dunia 2014.
"Kepercayaan mereka adalah segala-galanya bagi saya dan saya mahu berusaha lagi untuk pasukan ini. Ia agak rumit (untuk bersara di Barcelona) dan pemain-pemain lain seperti Xavi dan Andres Iniesta tidak mampu melakukannya."
Topic Berkaitan
#Ballon d'Or
#bola sepak
#LaLiga
#Liga Juara-Juara
#Lionel Messi
#Luis Suarez
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan