Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong Gloria Gracia Wong Sze menceburi sukan itu secara profesional sejak tiga tahun lalu.
Lebih mesra disapa sebagai Gloria, 14, atlet kelahiran Sarawak itu berkata selain ibu dan ayah, lima lagi adik beradiknya sangat meminati sukan tersebut.
"Tapi tiada ahli keluarga yang menjadi atlet sukan ini, cuma saya sahaja," katanya kepada Bernama selepas membantu Sarawak memenangi emas acara ping pong kategori Berdiri Perseorangan Wanita Kelas Terbuka pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di sini pada Sabtu.
Pada perlawanan akhir, Gloria merangkul pingat emas selepas mengalahkan Siti Nor Athirah Mohd Anuar dari Terengganu 3-0 manakala gangsa dikongsi dua atlet Terengganu iaitu Nurul Nasuha Mohd Anuar dan Farahidayatul Alias.
Menurut Gloria, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Datok Lokman, Kuala Lumpur, dia kini menjalani latihan bersama pasukan ping pong Para Kebangsaan sejak 2015.
"Saya berharap dapat terpilih untuk mewaliki negara ke Sukan Para Asean Manila 2020," katanya yang pertama kali menyertai Para Sukma.
Gloria yang kudung tangan kiri berkata kecacatan tetap kecacatan, namun banyak kejayaan boleh dilakar jika tidak menjadikannya sebagai alasan untuk maju.
Acara ping pong pada Sabtu mempertandingkan sebanyak sembilan emas dengan Perak dan Sabah masing-masing merangkul dua emas, manakala Selangor, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan masing-masing satu emas.
Pada hari kedua Para SUKMA esok, sebanyak 38 pingat emas dipertandingkan melibatkan acara olahraga 28 pingat, sementara angkat berat dan tenpin boling masing-masing lima emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 25 2018
Gloria menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara Ping Pong kategori Perseorangan Wanita terbuka Para Sukma 2018 di Stadium Indera Mulia Ipoh, 24 Nov, 2018. -fotoBERNAMA
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.
Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Paralimpik Paris 2024: Pecutan saat akhir Philippe lebur harapan gangsa Ammar Aiman
Ammar Aiman memulakan larian dengan memberangsangkan dan berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum Yovanni Philippe meningkatkan pecutan.
Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.
Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.
MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.
Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.