awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobile Legends: Peluang 'mati hidup semula' AirAsia Saiyan

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
28/07/2018
02:54 MYT
Mobile Legends: Peluang 'mati hidup semula' AirAsia Saiyan
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia bagi bersaing dengan sembilan kumpulan terbaik Asia Tenggara yang lain untuk merebut gelaran yang terbaik di rantau ini.
Pasukan Mobile Legends Malaysia AirAsia Saiyan hari ini diberikan peluang kedua untuk menebuskan kekalahan mereka kepada jaguh Indonesia, Aerowolf Pro Team dalam kejohanan Piala Asia Tenggara (MSC) semalam.
Dalam satu kenyataan penganjur Moonton pada malam tadi, perlawanan pertama dalam kejohanan tersebut yang melibatkan AirAsia Saiyan dan Aerowolf Pro Team perlu diadakan semula hari ini berikutan beberapa masalah teknikal.
“Selepas mengesahkan situasi dan berbincang dengan kedua-dua pasukan, kami membuat keputusan untuk mengadakan semula perlawanan pertama dan kedua pada hari pertama kejohanan itu.
“Bagi perlawanan semula nanti, setiap pasukan perlu menggunakan hero dan atlet yang sama,” katanya dalam menerusi satu catatan Facebook.
Paparan skrin kenyataan Moonton berhubung masalah teknikal dalam perlawanan pertama Kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends, yang melibatkan pasukan Malaysia AirAsia Saiyan dan Pasukan Indonesia Aerowolf Pro Team
Paparan skrin kenyataan Moonton berhubung masalah teknikal dalam perlawanan pertama Kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends, yang melibatkan pasukan Malaysia AirAsia Saiyan dan Pasukan Indonesia Aerowolf Pro Team
Sementara itu, kapten pasukan AirAsia Saiyan Ahmad Fuad 'Fredo' Razali berkata masalah teknikal yang berlaku dalam pertembungan antara mereka dan pasukan Indonesia itu melibatkan dua pemain utama iaitu Sofian ‘Penjahat’ Sultan dan Mohd Faris 'Soloz' Zakaria.
“Masalah teknikal itu menyebabkan Penjahat dan Soloz tidak mampu mengawal hero mereka dengan baik dan sudah tentunya ia turut menjejaskan prestasi kami sebagai satu kumpulan.
“Namun selepas perlawanan pertama itu, kami tidak mahu berfikir panjang dan cuba untuk fokus kembali dalam perlawanan seterusnya,” kata Ahmad Fuad dalam satu sidang media di Dewan B3 Jakarta International Expo (Jiexpo) Jakarta, di sini semalam.
Menurut Ahmad Fuad, mereka terpaksa meminta pertarungan itu diberhentikan sejenak (pause) pada minit pertama perlawanan berikutan masalah teknikal itu.
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia bagi bersaing dengan sembilan kumpulan terbaik Asia Tenggara yang lain untuk merebut gelaran yang terbaik di rantau ini.
Selain Fredo, Soloz dan Penjahat, AirAsia Saiyan turut disertai Andi Alfian 'Gripex' Firman, Herwin ‘Rush’ Baharuddin dan Abdul Wandi 'Logan' Abdul Kadir.
Persoalan sama ada mereka mampu menebus semula kekalahan itu akan terjawab dalam perlawanan pertama hari kedua MSC yang dijangka berlangsung jam 10 pagi nanti, waktu tempatan.
MSC merupakan antara kejohanan terbesar yang melibatkan e-sukan mudah alih, dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.
Topic Berkaitan
#aerowolf pro team
#AirAsia
#airasia saiyan
#Fredo
#gripex
#logan
#Mobile Legends
#moonton
#MSC
#MSC 2018
#penjahat
#Piala Asia Tenggara
#Rush
#soloz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan