Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan

Mariah Ahmad
Mac 29, 2018 06:19 MYT
Pasukan Mobile Legends Team Saiyan akan dijenamakan semula sebagai AirAsia Saiyan. - Foto fail Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes kini menjadi pemilik majoriti pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Saiyan.
“Saya memulakan AirAsia sejak dahulu lagi. AirAsia pernah menaja pasukan bola sepak dan kini baru sahaja menjadi pemilik untuk pasukan e-sukan mudah alih yang dikenali sebagai Team Saiyan.
"Kami sangat teruja untuk dengan e-sukan ini,” kata Tony dalam satu video yang dimuat naik di Facebook Team Saiyan.
Tony turut memuat naik satu tweet di Twitter peribadinya mengenai penglibatan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut dalam industri e-sukan.
Tegasnya, AirAsia akan mula melabur dalam e-sukan bagi generasi digital, bersama salah sebuah pasukan terbaik di Asia Tenggara iaitu Team Saiyan.

Cool stuff we doing. Starting to invest in #esports the sport of the digital generation with the best team in Asean #TeamSaiyan. Love your passion Mervyn pic.twitter.com/QpIgn0E9Zi

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) March 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan pengumuman penglibatan AirAsia itu, pasukan Team Saiyan akan dijenamakan semula sebagai AirAsia Saiyan.

TERKINI. CEO Kumpulan AirAsia dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri @tonyfernandes kini jadi pemilik majoriti pasukan #MobileLegends Malaysia, Team Saiyan. Perkata itu diumum di FB TeamSaiyan. Laporan lanjut memyusul @501Awani pic.twitter.com/cix0S36K5T

— Mariah Ahmad (@A_marea) March 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Team Saiyan boleh dilihat sebagai pasukan Mobile Legends terbaik di negara ini dan pernah dirangkul juara Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC) peringkat Malaysia tahun lalu.
Mereka kini sedang bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura 2018 dengan saringan peringkat kalah mati akan berlangsung 13 dan 14 April nanti.
BACA: Mobile Legends: Team Saiyan capai sasaran, ungguli tempat teratas MPL 2018
Sebelum ini, AirAsia pernah menaja pasukan profesional Dota 2 Asia Tenggara Mineski Pro Team sebagai langkah sulung penglibatan syarikat itu dalam industri e-sukan.
Industri e-sukan kini makin mendapat tempat dalam kalangan warga Malaysia dengan mencatat 14 juta pemain di seluruh negara dalam tahun 2017.
#AirAsia #Dota 2 #mineski pro team #team saiyan #Tony Fernandes