Penerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik, Mohd Rizal Ghazali bertekad membantu Kedah melakar kejayaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas isu kontraknya dengan Felda United selesai.
Beliau yang sebelum ini dipalit dengan kontroversi itu menjelaskan kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat dan fokusnya kini adalah membantu skuad Lang Merah menghadapi musim baharu Liga-M.
"Perkara itu sudah selesai dan saya harap dapat membantu Kedah mencapai kejayaan musim depan...Kalau ada rezeki untuk terus bersama skuad kebangsaan, saya akan cuba beri yang terbaik," katanya yang mesra dengan panggilan 'Jai' dalam kalangan rakan sepasukan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 di sini, malam tadi.
Media sebelum melaporkan ketua jurulatih Felda United, Azmi Mohamed akan mengheret Mohd Rizal kepada Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan isu kontrak itu.
Ia susulan tindakan pemain berkenaan yang dilaporkan menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Lang Merah walaupun sudah menandatangani perjanjian dengan Felda United sebelum final Piala Malaysia.
Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menyifatkan pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik sebagai medan untuknya terus membantu skuad Lang Merah melakar lebih banyak kejayaan pada saingan Liga-M musim depan.
"Anugerah ini merupakan penghormatan untuk saya dan saya berterima kasih kepada pengurusan KFA serta bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang banyak memberi nasihat untuk menguruskan pasukan.
"Tidak lupa juga kepada penyokong Kedah yang selama ini memberikan sokongan. Namun perjalanan saya sebagai jurulatih masih jauh lagi," katanya.
"Sebagai jurulatih, saya amat bangga apabila ada pemain Kedah tercalon dalam beberapa kategori pada majlis anugerah ini kerana ia menunjukkan mereka mempunyai peminat tersendiri," jelas Tan yang melanjutkan kontrak selama setahun bersama KFA.
Beliau juga menjelaskan kemenangan Mohd Rizal pada majlis anugerah berkenaan merupakan bukti kejayaan usaha berterusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam melahirkan lebih ramai pemain muda yang berbakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Mohd Rizal menjelaskan, kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat dan fokusnya kini adalah membantu skuad Lang Merah menghadapi musim baharu Liga-M.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.