awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM akan umum pengganti pembawa bendera Jalur Gemilang di Sukan Komenwel

Bernama
Bernama
06/07/2014
01:27 MYT
MOM akan umum pengganti pembawa bendera Jalur Gemilang di Sukan Komenwel
Temasya Sukan Komanwel 2014 akan berlangsung di Glasgow, Scotland pada bulan Julai ini.
Calon atlet yang akan menggantikan Datuk Lee Chong Wei sebagai pembawa bendera Jalur Gemilang di temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, akan diketahui Isnin ini.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kita belum lagi buat keputusan dan masih lagi menunggu makluman rasmi daripada MSN dan ISN mengenai status Chong Wei.
"Kita mempunyai atlet lain seperti Azizulhasni Awang dan Josiah Ng daripada sukan berbasikal sebagai pengganti Chong Wei, kalau sudah ada nama pengganti, kita akan umumkan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Sabtu.
Media tempatan semalam melaporkan Chong Wei terpaksa menarik diri daripada Sukan Komanwel, yang bermula 23 Julai hingga 3 Ogos ini, berikutan kecederaan pangkal peha ketika beraksi pada Kejohanan Terbuka Indonesia, bulan lepas.
Selain Chong Wei, buat julung kali dalam Sukan Komanwel, ratu skuasy negara Datuk Nicol David diberikan pengiktirafan sebagai ketua pembawa masuk bendera negara-negara rantau Asia pada temasya itu.
Sebanyak 179 atlet dan 90 pegawai daripada 16 jenis sukan akan menyertai Sukan Komanwel kali ini.
Sieh berkata pasukan boling padang merupakan atlet terawal berlepas ke Glasgow iaitu pada Isnin ini manakala atlet lain akan bertolak pada 18 dan 19 Julai ini.
Topic Berkaitan
#atlet
#calon
#Glasgow
#Jalur Gemilang
#Lee Chong Wei
#pembawa bendera
#Scotland
#Sieh Kok Chi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan