awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM lulus dana COVID-19 kedua berjumlah RM300,000

Bernama
Bernama
21/10/2020
20:00 MYT
MOM lulus dana COVID-19 kedua berjumlah RM300,000
Jawatankuasa Pengurusan Amanah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dipengerusikan presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah meluluskan penubuhan dana COVID-19 kedua berjumlah RM300,000. - Bernama
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Amanah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dipengerusikan presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah meluluskan penubuhan dana COVID-19 kedua berjumlah RM300,000, hari ini.
MOM menerusi satu kenyataan memaklumkan persatuan sukan kebangsaan (NSA) boleh memohon dana itu mulai esok dan seterusnya, dan ia dijangka disalurkan pada minggu pertama November ini.
"Ia (dana) akan dihadkan kepada RM10,000 untuk ahli gabungan MOM dan RM5,000 untuk ahli bersekutu.
"Dana ini bertujuan membantu NSA menampung perbelanjaan pentadbiran mereka ketika negara sedang berdepan gelombang ketiga pandemik COVID-19.
NSA mungkin boleh menggunakan dana tersebut untuk membayar sewa pejabat, gaji dan elaun pekerja, jurulatih serta atlet," menurut kenyataan itu.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut meluluskan geran berjumlah lebih RM300,000 kepada 18 NSA, membabitkan 10 ahli gabungan dan lapan ahli bersekutu, bagi penganjuran kejohanan, seminar pendidikan, kem latihan, program akar umbi dan pembelian peralatan sukan.
"Jawatankuasa mengambil maklum dengan ketidaktentuan pada masa depan dan beberapa acara yang dijadualkan berkemungkinan ditangguhkan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) dan arahan yang ditetapkan kerajaan," menurut MOM.
Pada 17 April lepas, badan induk sukan itu menubuhkan dana COVID-19 pertama berjumlah RM300,000, yang telah memberi manfaat kepada 23 ahli gabungan dan tujuh ahli bersekutu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norza Zakaria
#penubuhan dana
#Dana COVID-19
#Majlis Olimpik Malaysia
#MOM
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan