awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani

Bernama
Bernama
17/09/2023
04:59 MYT
MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani
Semalam, Mohd Azizulhasni berkongsi video memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang susulan kemalangan menimpanya ketika menjalani latihan baru-baru ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib bagaimanapun berkata setakat ini atlet berusia 35 tahun itu kekal bersemangat waja dalam misi pemburuan pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou, China yang akan membuka tirai 23 Sept ini.
"Saya diberitahu, Isnin ini (esok) Azizulhasni akan menjalani pemeriksaan di ISN dan kami akan diberi maklumat kedudukan terkini pelumba itu.
"Sukan berbasikal sememangnya berisiko tinggi kerana mudah tergelincir namun Azizulhasni tidak mengalami kecederaan kritikal, terdapat luka-luka pada kulit dan saya difahamkan proses pemulihannya boleh berlaku dalam jangka masa pantas serta sempat pulih sepenuhnya sebelum pertandingan," katanya.
Mohd Nazifuddin berkata demikian selepas majlis Flag-Off Kontinjen Negara ke Sukan Asia 2022 Hangzhou yang disempurnakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Chong Kim Fatt di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini.
Semalam, Mohd Azizulhasni yang turut digelar The Pocket Rocketman berkongsi video berdurasi 35 saat, memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai.
Terdahulu, Kim Fatt bersama seorang pegawai MOM dan 15 atlet kriket wanita, berlepas ke Hangzhou, sekali gus menjadi wakil pertama negara berlepas ke negara tembok besar itu.
Pasukan kriket wanita akan membuka saingan menentang Hong Kong, Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#Azizulhasni Awang
#nstitut Sukan Negara
#terbabit kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan