KUALA LUMPUR:Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin temasya Sukan Olimpik Tokyo (Tokyo 2020) akan berlangsung mengikut jadual ditetapkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos tahun ini, kata Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kesediaan dan persiapan rapi yang dilakukan oleh kerajaan Jepun menerusi panggilan persidangan dengan rakan sejawatnya Yamashita Yasuhiro dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, pada Jumaat.
Menerusi panggilan itu, Mohamad Norza berkata beliau turut dimaklumkan bahawa rakan penganjur juga berusaha untuk memastikan penganjuran temasya itu selamat dan terjamin bukan sahaja kepada atlet dan pegawai tetapi juga kepada masyarakat setempat.
"Kami sentiasa bersama dengan IOC dan rakan sejawat kami dari Jepun dan berharap dapat turut serta dalam temasya itu," katanya dalam kenyataan semalam.
BACA: Olimpik: Ada bagi nasihat, tapi bukan pembuat keputusan - WHO
BACA: "Olimpik Tokyo batal? Atlet bukan berlatih untuk temasya itu sahaja" - MSN
Mohamad Norza berkata MOM juga sedang dalam perbincangan dengan IOC berhubung vaksinasi kontinjen negara ke Sukan Olimpik.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kesediaan IOC menyokong penglibatan MOM dengan kerajaan Malaysia mengenai perkara berkenaan.
"Kami akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam memastikan semua atlet dan pegawai dapat menumpukan perhatian kepada latihan serta persiapan dalam suasana yang selamat," katanya.
BACA: Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
BACA: Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 24 2021

Mohamad Norza berkata MOM juga sedang dalam perbincangan dengan IOC berhubung vaksinasi kontinjen negara ke Sukan Olimpik. - Gambar fail

Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

Terima jemputan Raja Salman, Muhyiddin bakal adakan lawatan ke Arab Saudi
Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan delegasi dari PMO dan Wisma Putra

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

'UMNO Sabah ada autonomi, kami akan bekerjasama dengan Bersatu' - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: Dua kes varian Nigeria B1.525 dikesan di Malaysia
Kedua-duanya melibatkan warga asing yang tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT-PCR, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin diberikan secara percuma, KKM sedang kenal pasti hospital, klinik swasta
KKM sedang mengenal pasti hospital dan klinik swasta untuk diberikan vaksin bagi meneruskan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

COVID-19: Tujuh hospital dikenal pasti buat ujian persampelan guna air liur
Buat masa ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap penilaian tersebut sebelum kaedah itu dapat digunakan secara menyeluruh.

Pelajar IPTA terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.

PKPD di Sekolah Henry Gurney, Rumah Sewa Anong dan Beverly Hills
Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.