ALVARO Morata tampil menjelaskan bahawa dia cukup berpuas hati dengan kehidupannya di London, sambil menyatakan dia akan gembira sekiranya kekal bersama Chelsea untuk 10 tahun lagi.
Dalam temubual dengan akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport sebelum ini, bekas penyerang Juventus itu mendedahkan kesukarannya untuk menyesuaikan diri dengan "tekanan" di bandar England itu.
Kata-katanya itu menimbulkan spekulasi bahawa dia mungkin mencari jalan keluar awal daripada kontrak lima tahun yang ditandatangani dengan juara Liga Perdana tersebut, Julai lalu.
Tetapi, bercakap menjelang aksi menentang Roma dalam Liga Juara-Juara, pemain berusia 25 tahun itu menegaskan "masalah komunikasi" menjadi punca pandangannya disalah tafsir.
"Saya gembira dengan kelab ini, di bandar ini, dengan segala-galanya di London. Saya sangat menyukai London. Jika saya berjaya dan meningkat, saya boleh tinggal di sini lebih daripada lima tahun.
"Jika Chelsea mencadangkan 10 tahun, saya mungkin akan menandatangani juga.
"Tetapi saya perlu menjaringkan banyak gol, kalau tidak Chelsea akan membeli pemain lain. Ia biasa.
"Saya ingin mengatakan, mungkin pada masa akan datang apabila saya menamatkan kerjaya, saya tidak akan tinggal di London. Bagi saya, saya lebih suka tempat saya dilahirkan. Tetapi, kini saya sangat gembira.
"Apabila saya mengatakan ia adalah bandar yang penuh tekanan, saya hanya bercakap tentang lalu lintas dan ramai orang. Tetapi ia adalah sebuah bandar yang menakjubkan dengan banyak agama dan pelbagai jenis orang, jadi saya sangat seronok di London," kata Morata.
Walaupun dia tidak pernah menjaringkan gol menentang Roma, Morata akan menjadi pemain utama Chelsea bagi merebut tiga mata di Stadio Olimpico, esok.
Dan pemenang dua kali Liga Juara-Juara itu percaya gandingannya dengan Eden Hazard dapat membantu skuad Antonio Conte mara ke peringkat kalah mati.
"Kami mempunyai keserasian yang baik, dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, dan mudah bermain dengan Eden (Hazard). Saya fikir kami boleh meningkat banyak," katanya.
Astro Arena
Tue Oct 31 2017
Alvaro berpuas hati dengan kehidupannya di London.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
De la Fuente cari permulaan cemerlang bersama La Roja
Sebelum ini, kapten Sergio Busquets bersara dan De la Fuente menggantikan Luis Enrique sebagai pengendali pasukan.
Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Morata julang Sepanyol
Sweden perlu ke play-off selepas skuad kendalian Luis Enrique memenangi perlawanan akhir peringkat kumpulan itu.
Euro 2020: Kegagalan Morata buat Sepanyol disingkir Itali
Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus akur membenarkan Itali mara ke final Euro 2020 awal pagi tadi.
Euro 2020: Sepanyol 'perah keringat' sebelum ke suku akhir
Sepanyol berjaya menemui ramuan memastikan mereka melangkah ke suku akhir selepas Morata dan Oyarzabal menjaringkan dua gol memastikan pasukannya melakar kemenangan dramatik.
Euro 2020: Sepanyol ke pusingan 16 selepas belasah Slovakia
Skuad kendalian Luis Enrique itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama.
Euro 2020: Lewandowski bantu Poland ikat Sepanyol
Alvaro Morata menutup mulut pengkritiknya apabila membuka jaringan buat Sepanyol dalam pertemuan di Seville itu selepas dikritik hebat gara-gara aksi hambarnya Selasa lalu.
Lebih sempurna bersama Juventus - Morata
Penyerang itu meledak enam gol daripada lima penampilan dalam saingan UCL dan menjelaskan sangat gembira kembali ke Turin buat kali kedua.
Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran 9 juta pound (RM43.7 juta).
Chelsea tundukkan Crystal Palace 3-1
Menerusi aksi di Stamford Bridge itu, gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-32 menerusi Alvaro Morata yang juga menjaringkan gol kedua buat Chelsea pada aksi sama.
Sarri tidak khuatir ketumpulan Morata, Giroud
Chelsea mempunyai serangan ketiga terbaik dalam Liga Perdana Inggeris - di belakang Manchester City dan Arsenal - serta muncul pertahanan ketiga terbaik (dibolosi tujuh kali).