awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

1,300 peniaga di Melaka dikecualikan bayaran lesen perniagaan tiga bulan susulan ribut

Bernama
Bernama
30/06/2025
14:23 MYT
1,300 peniaga di Melaka dikecualikan bayaran lesen perniagaan tiga bulan susulan ribut
Ia membabitkan 500 peniaga kecil di Jonker Walk, Uptown Klebang Walk (280 peniaga kecil), Uptown Pahlawan Walk (195 peniaga kecil), Medan Samudera, Floating Market dan Vintage Night Market (masing-masing 80 peniaga kecil). - Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memberikan insentif khas pengecualian bayaran lesen perniagaan selama tiga bulan kepada 1,300 peniaga kecil bernaung di bawah 10 penganjur utama susulan kejadian ribut baru-baru ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata langkah berkenaan akan dilaksanakan ketika mereka memohon untuk proses pembaharuan lesen MBMB selepas ini.
Beliau berkata ia membabitkan 500 peniaga kecil di Jonker Walk, Uptown Klebang Walk (280 peniaga kecil), Uptown Pahlawan Walk (195 peniaga kecil), Medan Samudera, Floating Market dan Vintage Night Market (masing-masing 80 peniaga kecil).
"Selain itu, Tun Teja dan Harbour Street Market (masing-masing 50 peniaga kecil), Tun Mamat Kampung Morten (40 peniaga kecil) dan Taman Bunga Merdeka (30 peniaga kecil).
"Kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesusahan yang dialami para peniaga dan berharap langkah ini dapat meringankan beban kewangan serta membantu memulihkan semula operasi perniagaan yang terkesan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya di sini malam ini.
Beliau berkata dalam semangat solidariti, kerajaan negeri turut menyeru semua penganjur terlibat agar mempertimbangkan pemberian insentif tambahan di peringkat masing-masing seperti pengurangan sewa tapak selama sebulan atau apa-apa bentuk bantuan bersesuaian.
"Kita bersama tatkala susah dan senang. Inilah Melaka yang cakna dan sentiasa mendahulukan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peniaga kecil
#lesen perniagaan
#ribut
#MBMB
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami