awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto3: Hakim Danish di kedudukan ke-14 GP Valencia

Bernama
Bernama
16/11/2025
12:55 MYT
Moto3: Hakim Danish di kedudukan ke-14 GP Valencia
Hakim Danish bekerja keras memberikan saingan sengit untuk menyumbang dua mata selepas memulakan perlumbaan di petak ke-18. - Facebook Hakim Danish
KUALA LUMPUR: Pelumba muda berbakat negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan saingan di kedudukan ke-14 perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol hari ini.
Pelumba berusia 18 tahun yang berlumba untuk pasukan FRINSA MT Helmets MSi bagi menggantikan pelumba Jepun Ryusei Yamanaka yang mengalami kecederaan, tetap bekerja keras memberikan saingan sengit untuk menyumbang dua mata selepas memulakan perlumbaan di petak ke-18.
Perlumbaan itu berkesudahan Adrian Fenandez daripada pasukan Leopard Racing muncul juara dengan catatan masa 32 minit 48.909 saat (s), diikuti pelumba Red Bull KTM Ajo Alvaro Carpe (+0.286s) di tempat kedua dan pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato (+0.109s) di tempat ketiga.
GP Valencia adalah perlumbaan terakhir Moto3 musim ini.
Hakim Danish sebelum ini diumumkan akan beraksi sepenuh musim dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Danish
#Moto3
#Grand Prix
#GP Valencia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan