awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia

Bernama
Bernama
05/02/2022
11:56 MYT
MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia
Aleix Espargaro memohon maaf kepada kerajaan Malaysia kerana tidak mematuhi protokol gelembung sukan yang ditetapkan untuk Ujian Musim Sejuk di sini, Khamis lepas. - Gambar Instagram @aleixespargaro
SEPANG: Pelumba MotoGP pasukan Aprilla Racing, Aleix Espargaro telah mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia selepas warga Sepanyol itu dikatakan tidak mematuhi protokol gelembung sukan yang ditetapkan untuk Ujian Musim Sejuk di sini, Khamis lepas.
Pengurus pasukan itu, Paolo Bonora berkata, pelumba tersebut telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia semalam atas kesilapan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Beliau (Espargaro) tidak tahu yang beliau tidak boleh berlatih di luar litar. Beliau telah tahu akan masalah itu dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan," katanya kepada media ketika ditemui pada hari pertama Ujian Musim Sejuk di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.
Sebuah portal antarabangsa telah melaporkan bahawa SIC telah mengeluarkan amaran kepada badan pentadbir MotoGP iaitu Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), selepas pelumba itu didakwa melanggar protokol gelembung sukan COVID-19 dengan berbasikal berhampiran Putrajaya, iaitu kira-kira 35 kilometer daripada litar itu.
Mengikut SOP ditetapkan, kesemua pasukan dan pelumba terlibat dalam ujian itu adalah dihadkan untuk berada di sebuah hotel dan hanya dibenarkan untuk bergerak ke litar.
Sementara itu, Paolo memaklumkan, Espargaro dan seorang lagi pelumba mereka, Maverick Vinales berpuas hati dengan motosikal baharu mereka, sebelum bermulanya perlumbaan pertama musim ini yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar dari 4-6 Mac.
"Kami juga gembira untuk kembali ke SIC selepas dua tahun, ia tentunya satu tempat dan persekitaran yang menarik," katanya.
Pandemik COVID-19 telah memaksa MotoGP Malaysia dibatalkan untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021.
Ujian Musim Sejuk 2022 di SIC, berakhir esok. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aleix Espargaro
#Aleix Espargaro mohon maaf
#Pelumba MotoGP
#Aprilla Racing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan