awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho bimbang dengan prestasi Lukaku

Astro Arena
Astro Arena
25/10/2018
04:22 MYT
Mourinho bimbang dengan prestasi Lukaku
Mourinho berkata Lukaku (gambar) merupakan seorang pemain yang berusaha untuk mempamerkan yang terbaik untuk pasukan. - Gambar fail
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, mengakui bimbang dengan kemarau jaringan Romelu Lukaku selepas gagal meledak sebarang gol ketika tewas 1-0 kepada Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), semalam.
Lukaku dan United mempamerkan aksi longlai ketika menerima kunjungan Juve di Old Trafford - penyerang kebangsaan Belgium itu kini gagal merakam sebarang jaringan dalam lapan perlawanan berturut-turut.
Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan empat gol musim ini - kesemuanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) - tetapi gagal mencetak sebarang gol sejak 15 September lalu.
"Ya, saya agak bimbang dengan Lukaku. Tetapi saya memahami dia merupakan seorang pemain yang berusaha untuk mempamerkan yang terbaik untuk pasukan," kata Mourinho.
"Apa yang dilalui Lukaku sesuatu yang mengecewakan. Gagal menjaringkan gol akan menghilangkan keyakinannya, gerakan, sentuhan dan dia gagal mencari rentak untuk bergandingan bersama pemain-pemain lain.
"Mampukah saya meletakkan Marcus Rashford sebagai penyerang utama? Tetapi saya tidak memiliki pemain sayap kerana pasukan sedang mengharungi situasi yang sukar.
"Lukaku seorang pemain yang bekerja keras dan saya yakin mampu mendapatkan semula keyakinannya di depan gol."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#EPL
#Jose Mourinho
#Juventus
#Liga Juara-Juara
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Marcus Rashford
#Romelu Lukaku
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan