awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPL MY: SRG.OG raih gelaran hatrik juara musim ke-15

Bernama
Bernama
15/06/2025
14:33 MYT
MPL MY: SRG.OG raih gelaran hatrik juara musim ke-15
Selangor Red Giants (SRG.OG) meraih gelaran Hatrik Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPL MY) selepas menewaskan Homebois 4-0 pada aksi Grand Final di Stadium Juara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG.OG) menutup saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 dengan bergaya selepas menewaskan Homebois 4-0 pada aksi Best of Seven Grand Final hari ini.
Lebih membanggakan, ia adalah kemenangan hatrik dicipta SRG.OG sejak menjuarai saingan pada musim ke-13.
Pada aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) bermula dengan langkah kanan dalam perlawanan pertama apabila mendominasi sepenuhnya permainan untuk melakar kemenangan dalam tempoh 14 minit.
SRG meneruskan momentum cemerlang itu pada perlawanan kedua hingga keempat untuk mempertahankan gelaran juara buat kali ketiga.
Menurut Arcadia, kemenangan hari ini adalah hasil usaha bersama ahli pasukan lain yang sanggup mengorbankan cuti mereka pada minggu lepas bagi mempersiapkan diri menghadapi Grand Final.
"Saya berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan, kerana sanggup mengorbankan cuti mereka minggu lepas demi memastikan matlamat kita untuk menang tercapai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor Red Giants
#MPL MY
#SGR OG
#Mobile Legends Bang Bang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan