awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M'sia tekad akhiri dominasi Thailand dalam takraw Sukan AUG 2014

Bernama
Bernama
09/12/2014
01:46 MYT
M'sia tekad akhiri dominasi Thailand dalam takraw Sukan AUG 2014
Pasukan lelaki negara akan memulakan saingan pada Selasa dalam acara berpasukan menentang Thailand dan Myanmar di Kompleks Sukan Jakabarin, Palembang. -FotoBERNAMA
Skuad sepak takraw universiti negara tekad mahu menaikkan semula prestasi sukan tradisi itu serta memecahkan dominasi Thailand pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di sini.
Jurulatih skuad tersebut, Amir Abu Bakar berkata pasukan lelaki menyasarkan pingat emas bagi acara beregu, berpasukan dan regu iaitu memperbaiki pencapaian tiga pingat perak bagi kesemua acara itu pada AUG di Vientiane, Laos, dua tahun lepas.
Sebagai rekod, Thailand meraih pingat emas bagi acara regu dan berpasukan manakala Myanmar meraih pingat emas dalam acara beregu pada temasya dwitahunan itu di Laos.
"Saya mahu atlet universiti menunjukkan prestasi cemerlang di sini walaupun hanya seorang sahaja bekas pemain kebangsaan iaitu Mohamad Hisham Mat menyertai pasukan. Beliau akan bermain bagi acara regu dan berpasukan bagi posisi tekong.
"Kita harap dengan pengalaman yang ada, beliau mampu memberikan suntikan semangat kepada pemain-pemain yang lain. Pasukan juga tidak boleh memandang rendah pada pasukan tuan rumah, Indonesia, yang turut menyenaraikan pemain kebangsaan," katanya.
Pasukan lelaki negara akan memulakan saingan pada Selasa dalam acara berpasukan menentang Thailand dan Myanmar di Kompleks Sukan Jakabaring di sini.
Topic Berkaitan
#AUG
#sepak takraw
#Sukan Universiti Asean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan