awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih

Bernama
Bernama
04/03/2021
21:04 MYT
MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Shapawi berkata MSN akan mempertimbangkan dan mengadakan perbincangan semula dengan MAKAF melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja seterusnya, yang dijangka pada hujung Mac atau awal April. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menyangkal dakwaan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), berhubung badan itu mengamalkan sikap pilih kasih.
Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu, khususnya melibatkan bilangan dan peruntukan gaji jurulatih yang tidak setimpal seperti diterima jurulatih sukan lain, agak menyimpang daripada situasi sebenar.
Beliau berkata MSN sebelum ini akur dengan beberapa kehendak MAKAF termasuk keputusan persekutuan itu melantik kembali jurulatih dari Iran Ali Reza Souleymani dan R. Puvaneswaran, yang diberhentikan oleh pengurusan MAKAF.
"Keputusan MAKAF untuk menutup pusat latihan atlet acara 'kata' di Pulau Pinang dan memindahkannya ke Bukit Jalil juga kita akur, walaupun pusat latihan tersebut telah banyak melahirkan atlet-atlet 'kata' yang telah menyumbang pingat kepada negara.
"Ekoran dari itu, kita juga akur dengan keputusan MAKAF menamatkan khidmat jurulatih tempatan Lim Lee Lee, yang selama ini mengendalikan program pelapis 'kata' di Pulau Pinang," katanya menerusi kenyataan pada malam tadi.
Shapawi berkata pihaknya juga akur dengan keputusan bersama Jawatankuasa Kerja MAKAF serta MSN dan Institut Sukan Negara pada 21 Jan lalu, melibatkan tiga jurulatih akan mengendalikan program latihan pasukan kebangsaan dan pelapis di Bukit Jalil di sini, yang hanya mempunyai 16 pelatih (tujuh senior dan sembilan pelapis kebangsaan) pada masa ini.
Beliau mendakwa MAKAF pada mesyuarat Jawatankuasa Program semalam telah mengemukakan cadangan untuk mengambil seorang lagi jurulatih bagi mengendalikan program pembangunan, yang akan dilaksanakan melalui akademi MAKAF.
Menurutnya, MSN berpandangan cadangan itu masih terlalu awal kerana belum ada atlet-atlet pelapis yang dipilih ekoran pandemik COVID-19 yang masih belum reda ketika ini, namun cadangan itu akan dipertimbangkan semula dalam Jawatankuasa Kerja Karate, selepas penetapan sebenar pemilihan atlet pelapis dilakukan nanti.
"Sudah tentu MSN akan akur dengan keputusan MAKAF yang merupakan badan sukan kebangsaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan sukan karate, tetapi kita juga mempunyai limitasi tertentu dalam menentukan peruntukan gaji serta kadar kenaikan gaji jurulatih, yang tertakluk kepada Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan, yang seragam digunakan selama ini untuk semua jenis sukan supaya ia lebih adil kepada semua.
"Pihak MAKAF dialu-alukan untuk menyediakan insentif tambahan kepada jurulatih yang sedia ada, sebagaimana yang dilakukan oleh persatuan sukan yang lain yang mempunyai kemampuan kewangan mereka sendiri," katanya.
Shapawi berkata MSN akan mempertimbangkan dan mengadakan perbincangan semula dengan MAKAF melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja seterusnya, yang dijangka akan diadakan pada hujung Mac atau awal April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#MSN
#pilih kasih
#makaf
#Persekutuan Karate Malaysia
#Ahmad Shapawi Ismail
#akademi MAKAF
#jurulatih
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan