KUALA LUMPUR: Atlet Muaythai negara Mohd Rifdean Masdor berjaya melengkapkan hatrik gelaran dunia selepas muncul juara Kejohanan Muaythai Dunia buat kali ketiga semalam.
Walaupun terpaksa naik satu kategori berat kepada 51kg lelaki Bawah 23 tahun (B-23) kerana akan beraksi dalam sirkit produnia dalam kategori sama hujung bulan ini, atlet berusia 21 tahun itu tetap unggul pada kejohanan di Bangkok, Thailand.
Beliau berjaya mengatasi tentangan hebat wakil Uzbekistan, Daler Sobirov menerusi kemenangan 30-27 pada final.
Bagi kategori wanita pula, Nur Amisha Azrilrizal yang meraih gangsa edisi 2021 dan perak pada 2022, terus cemerlang apabila merangkul gelaran dunia pertamanya bagi kategori 51kg B-23.
Nur Amisha mencatatkan kemenangan 29-27 ke atas atlet berpengalaman dari Iran, Fatemeh Mamani untuk emas sulungnya itu, menurut kenyataan Persatuan Muaythai Malaysia.
Menurut persatuan, keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memasukkan acara Wai Kru dan Mai Muaythai dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 juga mendapat pulangan, apabila tiga emas berjaya diperoleh menerusi disiplin berkenaan.
Secara keseluruhannya, Malaysia yang diwakili 10 atlet di Kejohanan Dunia yang berlangsung pada 3- hingga 13 Mei, membawa pulang lima pingat emas, dua perak dan sebutir gangsa.
Keputusan tuan rumah Sukan SEA Kemboja 2023 untuk menukar nama sukan dan badan dunia daripada Muay kepada Kun Khmer, menyaksikan atlet negara tidak dapat menyertai edisi kali ini dan memilih untuk beraksi di Kejohanan Muaythai Dunia yang dianjurkan pada minggu sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Mohd Rifdean berjaya melengkapkan hatrik gelaran dunia selepas muncul juara Kejohanan Muaythai Dunia buat kali ketiga semalam. - Fail/BERNAMA
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Muaythai: Mohd Rifdean raih kejohanan dunia ketiga berturut-turut
Atlet Muaythai negara Mohd Rifdean Masdor berjaya melengkapkan hatrik gelaran dunia selepas muncul juara Kejohanan Muaythai Dunia buat kali ketiga semalam.