awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Shah Firdaus raih emas Piala Negara-Negara UCI

Bernama
Bernama
16/03/2025
00:40 MYT
Muhammad Shah Firdaus raih emas Piala Negara-Negara UCI
Muhammad Shah Firdaus meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye awal pagi ini. - Foto UCI Track Cycling
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta detik kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye awal pagi ini.
Pelumba berusia 29 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk meloloskan diri daripada kepungan empat pelumba lain sebelum memintas pesaingnya beberapa meter sebelum garisan penamat di Velodrom Konya.
Ia adalah emas pertama dimenangi pelumba yang diberi julukan The Terminator itu pada kejohanan UCI sekali gus menandakan pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.
Day 2 delivered BIG 4 epic finals, 4 incredible podiums at the 2025 UCI Track Nations Cup in Konya Which was your favourite final of the day? #TrackCycling pic.twitter.com/WXBnCTDOEp
— UCI Track Cycling (@UCI_Track) March 15, 2025
Pemenang pingat gangsa acara pecut berpasukan Olimpik Tokyo 2020, Sebastien Vigier dari Perancis meraih perak manakala juara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 bulan lepas, Shinji Nakano dari Jepun membawa pulang gangsa.
Muhammad Shah Firdaus melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat ketiga.
Shah Firdaus muncul pemenang pingat emas bagi acara Keirin Lelaki di UCI Track Nation Cup Turkiye 2025! Tahniah & terima kasih sekali lagi sudah mengharumkan nama Malaysia, Shah! #UCI pic.twitter.com/dtPgzqaNTY
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 15, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Negara-Negara UCI
#Muhammad Shah Firdaus Sahrom
#pingat emas
#keirin
#berbasikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan